Anak Yusof Rawa gelar Hadi jahil...Berkawan Dengan DAP Memang Mulut Kotor

Anak bekas Mursyidul Am PAS, Mujahid Yusof Rawa mendakwa kenyataan Presiden parti Islam, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai prosiding saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) menunjukkan kejahilan beliau.

Beliau juga menyifatkan Ahli Parlimen Marang itu dangkal atau mencuba mengalih tumpuan isu sebenar negara.

“Hakikatnya DOJ menggunakan prosedur biasa untuk mendapatkan kembali wang tersebut, sepatutnya, Hadi melihatnya dari sudut pandang positif.

“Saya yakin tiada rakyat Malaysia yang mahukan campur tangan negara asing dalam urusan negara namun bantuan perlu diberikan dalam siasatan seperti kes ini demi menjaga maruah negara,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis

Semalam Hadi mengulangi pendirian menolak campur tangan asing dalam hal ehwal negara serta menyifatkan mereka yang berseteru dengan orang luar sebagai  ‘tidak beriman dan budiman’.

Tambahnya Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, para pemimpin seharusnya tegas dalam menangani isu berkenaan.

“Ketegasan ini bukan bermakna kita tunduk kepada DOJ atau kuasa asing tetapi sebagai  untuk menyelamatkan kekayaan negara.

“Justeru, negara Malaysia perlu kepimpinan yang bersih dari rasuah, berwawasan, berhati rakyat dan membina semula negara ini dengan semangat yang baru,” kata wakil rakyat PAN itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana