Anak MB Johor minta DAP mohon maaf

JOHOR BAHRU: DAP diminta membuat permohonan maaf terbuka kepada Akmal Saufi Mohamed Khaled kerana menuduh anak Menteri Besar Johor itu cenderung dan telah memasuki salah satu parti pembangkang.

Bukan sahaja permohonan maaf, DAP juga perlu menarik balik laporan tidak bertanggungjawab itu yang dipercayai disiarkan di portal milik parti tersebut kelmarin.

Akmal Saufi yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Johor Bahru berkata, laporan disiar portal itu sama sekali tidak benar kerana beliau masih ahli Umno, malah masih bergiat melaksanakan objektif penubuhan parti itu.

“Pada hari Isnin 10 Julai 2017, saya dimaklumkan bahawa sebuah laporan telah disiarkan di sebuah laman sesawang milik Parti DAP Malaysia. Laporan tersebut secara langsung telah menuduh bahawa saya cenderung dan telah memasuki salah satu parti pembangkang di Malaysia.

“Laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana saya masih ahli Umno,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, perbincangan bersama peguam sudah dilakukan dan hasilnya, satu surat kepada parti politik yang memiliki portal tersebut dikeluarkan meminta mereka menurunkan laporan tidak bertanggungjawab itu dan meminta maaf secara terbuka dengan kadar segera.

Beliau berkata, Ummo telah banyak berbakti kepada negara ini terutama di tempat kelahirannya di Johor Bahru dan bagi meneruskan bakti tersebut, ia perlu dilestarikan dengan keterusan bakti dari ahli generasi baharu dengan tunjuk ajar dan hikmah ahli-ahli yang lebih berpengalaman.

“Jadi, mana mungkin saya akan berpaling tadah kepada amanah dan tanggungjawab ini?,” katanya. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana