Amanah jangka proses agih kerusi dalam PH makin sukar....PErgi Mampus Lah PH

KOTA RAJA: Amanah menjangkakan perbincangan pembahagian kerusi yang akan ditandingi Pakatan Harapan (PH) akan lebih sukar dengan adanya empat parti di dalam gabungan tersebut.

Justeru, Presidennya, Mohamad Sabu memberitahu partinya tidak menetapkan jumlah kerusi yang ingin ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

"Bukanlah sukar (mahu bahagi kerusi), namun maklumlah empat parti. Maka pemimpin parti yang ditugaskan akan berbincang mengenai kerusi.

"Kita tidak ada target tertentu sebaliknya faktor alasan tertentu di kalangan empat parti," ujarnya kepada pemberita, hari ini.

Mohamad, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu menjelaskan perbincangan pembahagian kerusi di antara Amanah, PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan kembali digiatkan selepas urusan pendaftaran PH sebagai sebuah parti diselesaikan.

"(Perbincangan) Berdasarkan faktor kemenangan calon. Oleh kerusi PH ada empat parti, sesiapa yang menjadi calon, maka tiga parti yang lain akan tetap menyokong.

"Maka perbincangan ini iaitu mereka yang telah menang di sesuatu kawasan akan kekal calonnya. Manakala kawasan yang kalah, ia akan menjadi perbincangan," katanya.

PH sehingga hari ini gagal memuktamadkan jumlah kerusi yang dibahagikan sesama parti komponennya dalam menghadapi PRU14 akan datang.

Beberapa kerusi Amanah yang dimenangi atas tiket PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu juga akan terus dipertahankan oleh wakil rakyat dari parti baru itu, sekaligus akan memperlihatkan pertandingan lebih dari tiga penjuru.

PAS juga sedari awal menyatakan kesediannya dalam pertandingan lebih dari tiga penjuru setelah ia tidak lagi menyertai PH.

Mat Sabu juga ditanya mengenai kurangnya penglibatan beliau tampil membuat kenyataan mewakili Amanah dalam apa jua isu, akhir-akhir ini.

"Tidak apa, kita hanya membahagi tugas. Kita bertemu, bercakap... Kita menjalankan tugas sebagai satu pasukan.

"Kesemua kenyataan yang keluar adalah orang harapan saya yang menggerakkan Amanah," kata Mat Sabu. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana