Alamakkkk!!!! Jamal bawa 'Wan Azizah' naik MRT

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos sekali lagi mencuri perhatian awam, apabila kali ini menaiki Transit Aliran Massa (MRT) bersama-sama 'Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail'.

Jamal bersama kira-kira 50 pengikutnya terdahulu tiba di stesen Stadium Kajang sekitar jam 10.30 pagi bersama mockup gambar ketua pembangkang itu, sebelum menaiki MRT diiringi beberapa pengikutnya.

Mockup gambar itu disusuli kapsyen 'Tq PM kerana menyediakan perkhidmatan MRT dari Kajang ke Sg Buloh. Mudah la Kak Wan menziarahi suami Kak Wan di Sg Buloh'.

Ia sindiran buat Wan Azizah, yang juga ADUN Kajang dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menulis di Twitter beliau 'Langkah Kajang sebenar, Akan datang kepada anda dalam tujuh hari', merujuk kepada perkhidmatan terbaru menghubungkan Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51 kilometer.

Najib secara tidak langsung juga 'berseloroh' mengenai Langkah Kajang, gerakan yang dicetuskan PKR pada 2014 untuk menyingkirkan menteri besar ketika itu, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk digantikan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun rancangan itu tidak kesampaian apabila Anwar dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan liwat.

Azizah yang menang di DUN Kajang, bagaimanapun tidak dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Jawatan itu digantikan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana