Alamak..ada RM5.7 billion wang yang tidak dituntut…

Jumlahnya bukan sedikit.Semuanya RM5.7 billion dalam kategori ‘ tidak dituntut’ oleh rakyat Malaysia yang kini tersimpan di Jabatan Akauntan Negara.

Jumlah berkenaan adalah yang terkumpul sejak tahun 1977 hingga 30 Jun tahun ini.

Hal ini dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz di sidang Dewan Rkyat pagi Rabu.

Katanya wang tidak dituntut itu adalah dalam bentuk akaun bank yang sudah tidak aktif,deposit tetap yang tidak dituntut,bayaran insuran dan faedah.

Beliau memberitahu kerajaan sudah bukan 25 kaunter di seluruh negara untuk kemudahan orangramai menuntut wang itu.

Katanya jika semua dokumen dan prosedur lengkap bayaran boleh dibuat dalam tempoh sebulan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana