Akhirnya…dua wakil Felda dapat jadi lembaga pengarah FGV…

Setelah beberapa kali memohon ,akhirnya Felda berjaya letak dua orang wakilnya dalam lembaga pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abd Samad memberitahu wartawan di Johor Bharu Sabtu persetujuan itu dicapai dalam pertemuan beliau dengan pemangku Pengerusi FGV, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, minggu lalu.

Felda adalah antara penegang saham terbesar FGV.

Menurut Shahrir sebelum ini FELDA meminta tiga wakil diletakkan dalam Lembaga Pengarah FGV dan itu menyebabkan FGV terpaksa menambah bilangan Ahli Lembaga Pengarah kepada maksimum 13 daripada 12 sedia ada.

Hasil perbincangan persetujuan dicapai Felda letak dua wakil dengan satu 'alternate' sebagai Lembaga Pengarah.

Katanya ini menjadikan keseluruhan sebanyak 11 Ahli Lembaga Pengarah iaitu tiga lantikan kerajaan, dua daripada FELDA dan enam lagi Lembaga Pengarah Bukan Bebas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana