Ahmad 'tak ambil pot' Kit Siang nak ganti dia dengan Husam

Cool saja Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, mengulas hasrat pemimpin de fokto Pakatan Harapan Lim Kit Siang, untuk menggantikan beliau dengan Datuk Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan.

Orang kata 'tak ambil pot' atau tidak peduli... Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan sebaliknya memaklumkan rakyat Kelantan mampu membuat penilaian yang bijak sebelum memilih siapa yang lebih layak menjadi pemimpin di negeri itu.

"Kenyataan Kit Siang itu adalah perkara biasa dan petanda sesebuah parti mahukan kuasa. Perkara seperti ini sudah menjadi kebiasaan setiap kali menjelang pilihanraya Umum (PRU).

"Malah, perkara sama juga pernah disuarakan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Justeru, saya tidak tergugat dengan kenyataan seperti itu. Apapun saya pasti rakyat Kelantan bijak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Rumah Terbuka PAS Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Ahad.

Kit Siang baru-baru ini mahu Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar Kelantan jika tampuk pemerintahan negeri itu berubah dalam PRU akan datang.

Kit Siang berkata, pemilihan Husam dibuat bagi membawa perubahan besar kepada Kelantan yang selama ini diperintah oleh kepemimpinan PAS.

Sementara itu, Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi berkata, pemilihan Datuk Ahmad Yakob sebagai Menteri Besar adalah pilihan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Allahyarham Datuk Nik Aziz pun tidak memilih Husam sebagai Menteri Besar ketika hanyatnya. Jadi, saya berpendapat rakyat boleh berfikir sama ada bersetuju atau sebaliknya mengenai cadangan Kit Siang," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana