Ahli DAP Berperang Mulut Kerana Sejambak Bunga Putih.....

KUALA LUMPUR: Hanya dengan sejambak bunga, sekumpulan bekas ahli DAP berperang mulut dengan pegawai khas seorang pemimpin DAP di luar kawasan Parlimen, sebentar tadi.

Kumpulan itu diketuai bekas ahli DAP Subang, Ramesh Rao dan Tony Tan bersama empat yang lain mahu menyerahkan sejambak bunga kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Mereka menunggu Kit Siang kira-kira sejam tetapi Ahli Parlimen Gelang Patah itu tidak muncul.

Bagaimanapun, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok, Teoh Kheng Yeik yang muncul mengambil bunga itu bagi pihak Kit Siang sekali gus ‘perang mulut’ bermula.

Ramesh berkata, bunga berwarna putih itu sebagai hadiah terima kasih terhadap ‘kredibiliti’ kepemimpinan pemimpin agung DAP itu.

Kira-kira 10 polis bantuan berjaya meleraikan ketegangan dan menghalang kumpulan bekas ahli DAP masuk ke kawasan Parlimen.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana