ADUN PKR PERTIKAI CADANGAN LRT P.PINANG LEBIH MAHAL DARI MRT SUNGAI BULOH-KAJANG

ADUN Penanti (PKR) Norlela Ariffin mempertikaikan Projek LRT di Pulau Pinang sepanjang 30km di Pulau Pinang bernilai RM24 bilion adalah lebih mahal daripada laluan 51km MRT Sungai Buloh – Kajang (SBK).

Ujarnya, laluan MRT SBK lebih panjang dan mempunyai lebih banyak stesen disiapkan dengan harga RM21 bilion – lebih rendah daripada projek LRT yang dicadangkan akan dibina oleh kerajaan DAP Pulau Pinang, teraju Ketua Menteri Lim Guan Eng.

“Nak tanya (syarikat) SRS (Konsortium) di mesyuarat Majlis Penangkutan Awam P.P (Pulau Pinang) pada 20hb Julai kenapa tak buat MRT sebab lebih murah kos/km dari kos LRT Komtar – Bayan Lepas yang (bernilai) RM24 bilion dan kena tambak laut 4,500 ekar,” soalnya dipetik kenyataan di Facebook, semalam.
Yang Mangkuk ayung ini cakap boleh membina project MRT lebih Murah....kepala hotak dia cakap.Project yang ada dipegang kerajaan Negeri pun ambil Mahal apa kejadahnya.Inilah Kaki KELENTONG PADA RAKYAT...Ptuihhhhh.


SRS Konsortium dilantik kerajaan Pulau Pinang sebagai Rakan Pelaksana Projek (PDP) bagi membina projek keretapi pertama negeri berkenaan dibawah Pelan Utama Pengangkutan Penang (PTMP).

Rancangan awal pelan berkenaan akan membina 27 stesen LRT di sepanjang laluan berkenaan dan pada masa akan datang akan menghubungkan monorel serta LRT lain.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dipetik Bernama berkata, cadangan laluan LRT berkenaan bermula dari Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) melalui Jelutong, Gelugor, Bayan Baru, Bayan Lepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebelum ia berakhir di bahagian penambakan laut, selatan Pulau Pinang.

Katanya, kerajaan negeri bercadang untuk menyiapkan fasa pertama projek berkenaan pada 2023 manakala jajaran penuh siap dan beroperasi menjelang 2030.

Walaubagaimanapun Norlela mendakwa kos projek LRT Pulau Pinang terlalu mahal ekoran berbanding laluan MRT SBK yang mempunyai 31 stesen termasuk 7 daripadanya stesen bawah tanah sepanjang 9.5 kilometer dan 20.5 kilometer laluan bertingkat.

“Kos keseluruhan pembinaan laluan MRT Sg Buloh – Kajang ialah RM21 bilion,” ujarnya membandingkan dengan projek LRT Pulau Pinang.

Menurut Kon Yeow, PTMP turut merangkumi pembinaan terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer, tiga lebuh raya dan sistem kereta kabel, Penang Sky Cap sepanjang 4.8 km dengan nilai keseluruhan RM27 bilion.

Namun, kerajaan DAP Pulau Pinang baru-baru ini meningkatkan bajet PTMP kepada RM46 bilion dan menafikan nilai RM27 bilion yang didedahkan sebelum ini.

Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC) menerusi kenyataan sebelum ini turut menyoal samaada kerajaan DAP Pulau Pinang membuat pinjaman daripada institusi kewangan dari China untuk mengisi jurang berbezaan antara RM27 bilion kepada RM46 bilion, sepertimana diakui oleh Kon Yeow dalam temubual bersama media The Edge.

“Benarkah kerajaan negeri Pulau Pinang baru-baru ini memindahkan dana dari rizab kerajaan negeri sebanyak RM609 juta sebagai pinjaman kecemasan kepada syarikat milik kerajaan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan PDC telah mencatatkan keuntungan yang menjunam sebanyak 80 peratus pada tahun sebelum ini dan tambahan RM30 juta kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA)?” soal BNSC. – mD
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment