Adakah Tokong Lim Suka Jika Malaysia Diserang Oleh Amerika Syarikat?

Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur dan berasakan amat bertuah kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang aman. Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa.

Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara. Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita.

Namun menyedihkannya apabila puak Pakatan Harapan ingin melihat sebaliknya. Puak pembangkang ini lebih suka melihat negara menjadi kucar-kacir dan rakyat berpecah belah. Sebab itu, mereka sanggup memburuk-burukkan negara sendiri hingga ke negara luar.

Jika dilihat propaganda puak Pakatan Harapan kini adalah mengambil kesempatan di atas isu saman sivil Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu-isu yang membelenggu mereka.

Pembangkang terus memainkan isu saman Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain sebagai modal politik.

Amerika Syarikat boleh menggunakan tindakan ketenteraan untuk menggulingkan kerajaan Malaysia, demikian ditegaskan oleh Setiausaha Agung DAP (yang belum disahkan jawatannya oleh Pendaftar Pertubuhan) Lim Guan Eng.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ USA) terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan penggubahan wang haram.

Aktivis dan Perunding Media Sosial, Zamzuri Mohamed Tahir berkata kenyataan Guan Eng bahawa Amerika Syarikat mampu dan boleh menyerang Malaysia (tanpa menggunakan saman sivil DOJ) boleh dianggap sebagai petunjuk dan isyarat kepada polis dunia tersebut untuk fasa kedua campurtangan asing.

Semalam, Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengeluarkan kenyataan bahawa pakatan pembangkang bakal mengadakan himpunan kleptokrasi pada September 2017, susulan saman sivil DOJ.

“Kedua-dua kenyataan Azizah dan Joseph Lim adalah kesinambungan dari sambutan hari raya Mahathir – Claire Brown dan tidak menolak kebarangkalian mereka sebagai menerima arahan dari London.

“Sekiranya ada di kalangan rakyat Malaysia yang terpedaya bahawa Mahathir berhari raya bersama keluarganya di London tanpa sebarang gerak kerja susulan untuk mengkianati negara dan rakyat Malaysia berhubung isu dalaman negara, anda sebenarnya tersilap,” kata Zamzuri.

Tambahnya, saman sivil DOJ, pemergian Mahathir ke London dan kenyataan-kenyataan Joseph Lim dan Azizah merupakan plot mudah usaha *mendorong* campurtangan asing di Malaysia sedang bergerak dengan sistematik.

“Di mana berakhirnya plot ini tidaklah diketahui, tetapi umum sudah sedia maklum bahawa pakatan pembangkang sememangnya mempunyai rangkaian antarabangsa dengan pro zionis Barat dan sosialis Israel,” katanya. – Utaranews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana