Ada ‘wayang’ dalam barisan pimpinan Pakatan…Salleh tanya mana DAP?Atau Hanya Nak Karburi Mata Orang Melayu....?

Siapa yang faham politik cukup tahu lumrahnya parti mana yang ada angka terbanyak dialah ketua.

Dalam Barisan Nasional misalnya UMNO mempunyai kerusi Parlimen terbanyak….maka Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pengerusi gabungan 13 parti itu.

Sebaliknya dalam barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan gabungan empat parti yang diumum Khamis malam nampaknya ada unsur main sorok-sorok.

DAP mempunyai kerusi Parlimen terbanyak sebaliknya Datuk Seri Anwar Ibrahim pegang jawatan Ketua Umum,Tun Dr Mahathir Mohamad Pengerusi dan Datuk Seri Wan Azizah Ismail Presiden.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng cuma sandang jawatan Timbalan Presiden bersama dua pimpinan lain yakni Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM) dan Mohamed Sabu (PAN).

Jika katakan Pakatan Harapan menang pilihanraya umum ke 14 jawabnya DAP dengan kerusi terbanyak akan jadi ‘ kuasa belakang’ yang cukup berpengaruh seperti yang berlaku semasa kerajaan Perak dikuasai pembangkang selama 11 bulan.

Ini kerana DAP tiada Ahli Dewan Undangan Negeri dari kalangan Melayu dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari PAS terpaksa diangkat jadi Menteri Besar Perak.

Namun bukan menjadi rahsia lagi banyak dasar kerajaan negeri itu dipengaruhi DAP termasuk contohnya pemberian geran tanah 999 tahun.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak yang juga Bendahari UMNO menerusi laman blognya mempersoalkan mengenai ketiadaan orang DAP dalam barisan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan yang diumumkan itu.

Beliau bertanya kenapa DAP tidak memegang salah satu jawatan tertinggi, sedangkan DAP mempunyai bilangan Ahli Parlimen terbanyak dalam Pakatan ini?

“Apakah DAP dipinggirkan atau ini sengajakan supaya pakatan ini dilihat sebagai didominasi oleh orang Melayu ?”,katanya.

BERIKUT IALAH TULISAN PENUH DI LAMAN BLOGNYA:

DI MANA DAP DALAM BARISAN KEPIMPINAN PAKATAN PEMBANGKANG?

Salleh Said Keruak

Senarai barisan kepimpinan pakatan pembangkang yang diumumkan semalam menimbulkan tanda tanya.

Ini kerana antara tiga jawatan tertingginya—Ketua Umum, Pengerusi dan Presiden, tidak dinyatakan siapakah yang mempunyai kuasa eksekutif dan kata putus terakhir dalam pembuatan keputusan.

Satu lagi pertanyaan ialah kenapa DAP tidak memegang salah satu jawatan tertinggi, sedangkan DAP mempunyai bilangan Ahli Parlimen terbanyak dalam Pakatan ini?

Apakah DAP dipinggirkan atau ini sengajakan supaya pakatan ini dilihat sebagai didominasi oleh orang Melayu ?

Biar apapun strategi pakatan pembangkang, kemunculannya tetaplah tidak sama dengan BN yang telah teruji kerjasama antara kaumnya dan sikap tolak ansur pemimpinnya tanpa mengabaikan prinsip-prinsip parti.

Sebaik sahaja mengumumkan barisan baru kepimpinannya, pakatan pembangkang ini telahpun memberikan janji politik yang hendak dilakukan dalam tempoh 100 hari setelah berkuasa.

Daripada terus berjanji, adalah baik bagi pakatan pembangkang ini menamakan dahulu Perdana Menteri pilihan mereka.  Pelik rasanya apabila ditanya hal ini oleh pemberita, Pengerusinya menjawab: kita isytiharkan PM kelapan dahulu.  PM ketujuh kita tentukan kemudian.

Dengan barisan kepimpinan pakatan pembangkang yang sebegini, bolehkah kita memberi kepercayaan kepada mereka untuk menerajui negara?  Tentunya tidak kerana masa depan negara bukanlah untuk diperjudikan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana