70 TAHUN FELDA & PENEROKA

BUKANLAH satu rahsia bahawa peneroka adalah tunggak kepada kejayaan Felda selama ia ditubuhkan berdekad-dekad yang lalu atau lebih tepat tahun 1957 yang juga merupakan tahun negara mencapai kemerdekaan.

Felda pada asalnya berperanan sebagai agensi yang ditubuhkan kerajaan bagi mengurus skim tanah rancangan yang antara lain memberi peluang kepada pesertanya untuk memiliki dan mengusahakan tanah sebagai ganti bekalan berterusan getah dan kelapa sawit kepada negara.

Aspek kebajikan peneroka dan sebagainya, kurang diberi perhatian pada peringkat awal permulaan skim ini dahulu.

Bagaimanapun, menyedari soal kebajikan peneroka mampu memberi kesan kepada produktiviti, Felda mula berubah dari sekadar agensi yang menguruskan skim tanah rancangan untuk tujuan pengeluaran getah/kelapa sawit dan yang berkaitan dengannya, kepada turut memainkan peranan penting dalam menjaga aspek kebajikan peneroka.

Kemunculan kedai-kedai D’Mart, pengenalan skim khairat kematian, bantuan tanam semula, bantuan sara hidup sehingga ke tahap membantu dalam soal menguruskan kewangan peneroka dan sebagainya, adalah antara inisiatif Felda untuk memastikan aspek kebajikan peneroka sentiasa terpelihara.

Sehingga di akhirnya, kerjasama dua hala antara Felda dan peneroka, kini sama-sama membentuk satu institusi masyarakat paling unik yang hanya boleh ditemui di Malaysia.

Justeru sambutan ke 70 Hari peneroka Felda pada 21-23 Julai ini di Putrajaya, seharus dilihat sebagai komitmen kerajaan untuk terus menjaga dan menghargai sumbangan golongan ini.  Banyak perubahan boleh dilihat berlaku di kalangan masyarakat Felda hari ini adalah bukti kepada kenyataan tersebut.

Sebagai contoh, hampir tidak boleh dilihat bentuk asal rumah peneroka Felda hari ini kerana kualiti hidup dan kemampuan peneroka semakin hari semakin meningkat berbanding dulu.  Sekalipun terdedah kepada risiko penurunan harga dan sebagainya, kerajaan (melalui Felda) sentiasa memastikan kebajikan peneroka terus terpelihara dengan pelbagai bentuk bantuan untuk mengurangkan beban peneroka.

Hari peneroka ke 70 kali ini sebetulnya, hanyalah satu simbolik, sepanjang masa sejak ditubuhkan, memang kerajaan sentiasa mengambil berat kebajikan peneroka Felda terutama sejak Datuk Sri Najib Tun Razak mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada April 2009.

Sememangnya, Najib sangat dekat dengan peneroka Felda kerana Almarhum bapa beliau, Tun Abdul Razak Hussin adalah antara pengasas kepada penubuhan Felda di negara ini.

Bekas Perdana Menteri dari UMNO seperti Mahathir juga menghargai sumbangan peneroka Felda tapi berbanding dia menghargai kroni-kroni dan suku sakatnya sehingga menjadi kaya raya banyak keturunan, dah tentulah yang kedua itu lebih banyak lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana