22 tahun tanpa debat…Jom Baca Duluuuu

Imbas kembali...diatas ialah gambar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad salam dengan bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Nor.Detik ini dirakam diatas pentas dalam Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur.

Tarikhnya 8 Mei 2002.Itu adalah majlis syarahan perdana konflik permasalahan rakyat Palestin dengan tema Palestin dan Kemanusiaan.

Presiden UMNO dan Presiden PAS itu tanpa mengkritik satu sama lain bersatu suara dalam forum di pentas terbuka mengenai isu nasib orang Palestin yang sekian lama menyentuh hati rakyat Malaysia.

Ini fakta.Majlis itu bukan satu forum bentuk debat dimana mereka bertekak siapa betul siapa salah tetapi bentuk syarahan perdana dimana mereka menyuarakan pandangan masing-masing mengenai usaha memperjuangkan isu Palestin.

Juga satu fakta selain forum berkenaan…sepanjang era pentabiran Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun beliau tidak pernah sertai sebarang forum bentuk debat dengan mana-mana pemimpin pembangkang.

Cuba selak balik apa yang pembangkang tidak tuduh Dr Mahathir masa jadi Perdana Menteri  khususnya masa zaman Reformasi selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat kerana kes moralnya.

Bagi pembangkang Dr Mahathir tipu pasal Anwar.Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu tidak ambil peduli.

Sebut saja…Mahazalim…Mahafiraun dan segala macam  ‘ Maha’.

Semua orang tentu ingat bagaimana segala projek dan dasarnya tidak ada satupun yang betul dikaca mata pembangkang.

Malah projek Jambatan Pulau Pinang kena hentam,begitu juga Proton,pembinaan Menara KLCC,Putrajaya,Litar Sepang.

Juga tidak lupa dakwaan-dakwaan pasal isu Bumiputra Malaysia Finance (BMF) ,kerugian Bank Negara dalam urusan tukaran asing,‘bailout’ syarikat anaknya Mirzan MISC guna wang Petronas,isu saham MAS,kegagalan Perwaja,pasal kroni dan berbagai macam lagi.

Ada pernah dengar beliau naik pentas sahut debat atau ajak sesiapa debat mempertahankannya?

Dr Mahathir yang kini di kem pembangkang sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) nampaknya ‘mudah lupa’ bila beliau mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berentap dengannya diatas pentas program Nothing To Hide 2 yang diumumkan Isnin.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri,Datuk Seri Tengku Sarifuddin pada Rabu mengeluarkan satu kenyataan bagi menyegarkan balik ingatan bekas Perdana Menteri itu mengenai hal ini.

Katanya Dr Mahathir tidak pernah mengadakan debat ‘town hall’ bersama musuh-musuh politiknya selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

Beliau juga membangkitkan mengenai kedudukan sebenar Dr Mahathir dalam barisan pembangkang.

Menurutnya kini, sebagai Pengerusi Pembangkang, Dr Mahathir menuntut bahawa beliau adalah ‘top dog’ pihak pembangkang, setaraf dengan Perdana Menteri.

“Tetapi, sama ada beliau sebenarnya penuh ilusi, tidak realistik atau dengan sengaja mahu menipu rakyat, hakikatnya diktator sebenar pembangkang adalah Lim Kit Siang – seorang yang tidak kelihatan dalam carta kepimpinan mereka,”katanya.

 Tengku Sarifuddin kata parti Dr Mahathir PPBM hanya mempunyai satu kerusi Parlimen berbanding DAP yang mempunyai jumlah kerusi majoriti pihak pembangkang sebanyak 38 kerusi.

“Maka secara realiti, Kit Siang adalah ketua sebenar dan Dr Mahathir hanyalah sekadar boneka.

“Sebagaimana senarai pemimpin-pemimpin pembangkang yang diumum terdiri itu daripada orang Melayu, ia sebenarnya menyembunyikan kuasa dan kawalan sebenar DAP,”katanya merujuk kepada barisan kepimpinan terbaru Pakatan yang diumumkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana