1MDB: PAS Enggan Kerjasama Dengan Pakatan Harapan

PAS enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan dalam isu membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kami mempunyai pendekatan sendiri,” kata Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan yang sekaligus menolak untuk turut sama dalam barisan pembangkang berganding bahu menangani isu ini.

PAS mengambil penyelesaian yang bersifat fundamental dengan usaha membetulkan urustadbir negara, mengembalikan sistem pemisahan kuasa dan membenteras politik wang.

“Perlu ditegaskan, PAS mempunyai polisi dan pendekatan tersendiri dalam merealisasikan strategi dan ‘roadmap’ perjuangannya.

“Kami tidak terikat dengan mana-mana pihak, demikian juga tidak terkesima dengan gerak tari pihak yang mempunyai agenda mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, parti itu tegas menolak kaedah pengurusan kewangan 1MDB yang bercanggah dengan syarak seperti mendapatkan modal dengan cara pinjaman riba dan sebagainya.

“Dalam masa sama, PAS konsisten atas apa jua dakwaan penyelewengan dana 1MDB dan salah laku, justeru ia mestilah disiasat oleh satu badan siasatan yang profesional dan telus.

“Oleh itu, Suruhanjaya Diraja mesti ditubuhkan segera untuk merealisasikan sebuah siasatan yang tidak berpihak,” katanya.

Katanya, PAS bersama Gagasan Sejahtera akan menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berapa lama lagi guna menjelaskan penyelesaian fundamental mengenai isu rasuah yang membarah, termasuklah berkait 1MDB.

“Selain itu, PAS kini dalam fasa menumpukan perhatian serius terhadap isu-isu yang secara langsung menyentuh kehidupan rakyat terbanyak seperti isu kenaikan harga barang, pengangguran, kos sara hidup, GST dan sebagainya.

Dalam pada itu, katanya kerajaan perlu menunjukkan ketelusan sekaligus membina keyakinan rakyat terhadap kemampuan agensi seperti SPRM, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Peguam Negara dalam menyiasat serta mengambil tindakan kepada pihak terlibat.

Sumber: Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana