12 PBT di Selangor tipu GST...?

Jeng jeng jeng... apa sudah jadi, tuntutan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dianggarkan melebihi RM36 juta yang dibuat oleh 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor tidak dapat dilaksanakan kerana didapati mengemukakan penyata meragukan.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T. Subromaniam berkata Kastam sengaja tidak mahu membayar tuntutan GST berkenaan, beliau berkata Kastam bertindak menahan tuntutan itu selepas mendapati 12 PBT berkenaan gagal mengakaunkan GST sepenuhnya untuk pembekalan bercukai.

PBT itu juga didapati membuat tuntutan bagi item tidak layak dituntut seperti tuntutan ke atas kenderaan penumpang untuk kegunaan PBT yang dikategorikan sebagai 'block input tax' yang tidak dibenarkan undang-undang walaupun GST dikenakan semasa pembelian, katanya.

Subromaniam menjelaskan di bawah peruntukan undang-undang, jabatan itu berhak menahan pembayaran sebarang tuntutan jika terdapat keraguan atau pernyataan yang meragukan dalam borang pengikraran yang dikemukakan.

"Benar Kastam tidak membayar jumlah yang dinyatakan tetapi ia bukan hutang. Sebaliknya ia ditahan kerana tuntutan yang dibuat meragukan, tidak berasas dan ada yang tidak sah atau tidak layak dituntut,” katanya mengulas dakwaan Adun Balakong, Ng Tien Chee bahawa JKDM berhutang lebih RM36 juta jumlah tuntutan GST kepada 12 PBT sejak September 2016 hingga Jun lepas.

Subromaniam berkata pihaknya juga tidak mendapat kerjasama PBT terbabit apabila dihubungi bagi mendapatkan maklumat tambahan berhubung tuntutan itu.

Beliau berkata PBT berkenaan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 88 Akta GST 2014 kerana mengemukakan penyata secara tidak sahih.

Beliau kesal dengan dakwaan tidak berasas seolah-olah Kastam berhutang yang sekali gus mengundang persepsi negatif terhadap jabatan itu.

"Kita bersedia menyelesaikan perkara ini secara baik dan semua PBT diberikan masa tiga bulan mengemukakan maklumat yang diperlukan sebelum tindakan selanjutnya diambil," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana