10 SOALAN YANG PATUT DITANYA RAKYAT MENGENAI LOGO & CARTA PAKATAN HARAPAN

pakatan pembangkang yang mengelarkan nama mereka sebagai Pakatan Harapan melancarkan logo dan carta organisasi baru mereka.

Usah terima bulat bulat apa yang mereka hidangkan itu. Rakyat harus jadi kritikal dan bertanya balik soalan pada pakatan pembangkang ini. Kita lihat apa jawapan yang mereka hendak jawab.

Selain Mahathir yang tersasul dan tersalah sebut Mat Sabu sebagai Presiden UMNO, ada beberapa lagi perkara pelik pada logo dan organisasi Pakatan Harapan itu. Rakyat harus tanya untuk mendapatkan jawapan dan kepastian.

1. Ada tiga jawatan utama dalam Pakatan Harapan. Ketua Umum, Presiden dan Pengerusi. Siapa lebih “power”? Siapa akan jadi calon PM? Jika carta ini diserah untuk kelulusan ROS, apakah boleh diluluskan orang yang berada dalam penjara untuk ketuai sebuah parti?

2. Kit Siang tiada dalam carta. Apakah peranan sebenar Kit Siang ? Menjadi “Godfather” atau “Mursyidul Am” dalam Pakatan Harapan?. DAP ada 37 kerusi, paling banyak tetapi nama Kit Siang tiada. Ini sesuatu yang pelik.

3. Kedudukan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali adalah lebih rendah tarafnya berbanding Mat Sabu, yang hanya mendapat elaun sahaja dari Persatuan Bekalan Air Penang secara bulanan. Mat Sabu jadi Timbalan Presiden, Azmin hanya Naib Presisen sahaja. Mat Sabu tiada kerusi DUN dan Parlimen lebih tinggi kastanya dari Azmin. Kenapa jadi begitu?

4. Apakah Azmin Ali mengiktiraf “hidupnya” Pakatan Harapan ini? Azmin tidak hadir semalam dalam mesyuarat. Azmin setuju atau tidak? Ini kerana Azmin pernah sebut Pakatan Rakyat masih lagi hidup. Dalam Harapan tiada PAS. Azmin perlu beri reaksi dan pendirian, tidak boleh diam seperti aksi dalam tandas sahaja.

5. Bagaimana rupa bentuk kabinet bayangan Pakatan Harapan ini? Siapa sebenarnya calon PM? Berapa ramai yang akan jadi Timbalan Perdana Menteri dan agihan kabinetnya bagaimana? Bolehkan PPBM yang ada satu kerusi dapat banyak jawatan?

6. Logo Harapan adalah jelmaan logo DAP. Huruf A yang ditonjolkan sebagai simbol itu adalah roket sebenarnya. Jika digantikan A itu dengan lambang roket masih membawa maksud yang sama. Benarkah begitu?

7. Logo Harapan ini direka oleh DAP. Teresa Kok pada 11 Jun 2017 menyatakan logo Harapan perlukan “final touches” daripadanya. Bila disemak dengan logo “Hope” atau “New Hope”, logo Harapan ini sebenarnya mirip kepada rekaan puak Evangelist DAP. Logo serupa ini banyak didapati di Israel. Apakah logo ini sengaja dibuat begitu untuk mendapat dana dari luar sana?

8. Tiada identiti dan warna PKR dan PPBM dalam logo Harapan. Terus hilang, tiada mata lebam dan bunga. Warna pun ambil warna PAN dan jelas tertera pada logo perkataan PAN. Apakah logo ini diinspirasikan dari ketulan ketulan lambang PAN yang dicantum menjadi roket?

9. Harus diingat, logo dan carta organisasi ini masih belum lagi diluluskan oleh ROS. Ini bermakna apa yang dibuat semalam itu hanyalah “showcase” sahaja. Belum sah dari segi undang undang dan logo ini masih belum layak dicetak pada kertas undi lagi. Bila secara rasminya hendak “submit” logo dan jawatankuasa penaja pada ROS? Mahu pakai logo Harapan ini atau logo parti masing masing dalam PRU14 nanti?

10. Kit Siang, Guan Eng, Rafizi dan Azmin tidak hadir semalam semasa pelancaran logo dan carta. Apakah akan ada perubahan pada carta dan logo lagi selepas ini?

Boleh jadi berubah lagi kerana dulunya, Mahathir dan Wan Azizah sama sama jadi Penasihat. Kini jawatan Penasihat sudah tiada. Mahathir jadi Pengerusi dan Wan Azizah jadi Presiden. Kenapa tidak beri sahaja jawatan Penasihat itu pada Lim Kit Siang?

Boleh jadi akan berubah lagi lepas ini. Jika tidak, Kit Siang mahu hadir atas kapasiti apa dalam mesyuarat Pakatan Harapan?

Inilah 10 soalan yang rakyat wajib tanya pada pakatan pembangkang. Soalan terakhirlah kalau hendak tanya, betulkah hidung Mahathir diambil menjadi logo baru Pakatan Harapan?

Apakah mahu rakyat ingat pembangkang, ternampaklah Mahathir? Apakah ini cara halus untuk tawan undi undi Melayu dan golongan muda yang baru setahun jagung mengenali Mahathir?

Kalau benar, jelaslah Mahathir kini hanya jadi kuda sahaja untuk DAP dan sanggup berada bawah telunjuk Anwar sekarang untuk menghancurkan Putrajaya. Jangan benarkan pakatan pembangkang sebegini memerintah.

Buat logo dan carta pun carca marba, apatah lagi kalau perintah negara. Rakyat kena tanya dan soal mereka. Pembangkang tidak akan beri jawapan, mereka akan putar belit dan beri jawapan lain jika 10 soalan ini ditanya pada mereka. Cuba tanya tengok kalau tidak percaya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana