10 calon wanita wakili Gerakan tanding PRU 14

Sayap Wanita Parti Gerakan bercadang menyenaraikan 10 pemimpinnya sebagai calon mewakili BN bertanding pilihanraya umum ke 14 akan datang.

Pengumuman itu dibuat Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe, yang turut mensasarkan dua kerusi DUN di Perak iaitu DUN Jalong dan DUN Canning sebagai antara lokasi yang ditandingi parti itu.

Tan Lian Hoe, bekas MP Grik dikatakan akan bertanding sebagai calon mewakili BN di  DUN Jalong.

Beliau pernah bertanding dan menang di parlimen Bukit Gantang atas ihsan UMNO yang meminjamkan kerusi kawasan itu.

"Kita telahpun memohon kepada Presiden parti untuk memberi peluang kepada ramai wanita dipilih menjadi calon kerana mereka mempunyai kelebihan untuk menarik atau sebagai perayu pengundi.

"Kita telahpun beri 10 nama calon wanita kepada Presiden untuk bertanding kerusi Parlimen dan DUN di seluruh negara di mana dua daripadanya adalah bagi kerusi di Perak,’’ katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbukan anjuran Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di UTC Ipoh pada Selasa.

Tan Lian Hoe yang juga disebut-sebut bakal bertanding kerusi DUN Jalong pada PRU ke 14 nanti seterusnya berkata, pada PRU ke 13 lalu, Wanita Gerakan hanya menyenaraikan tiga calon wanitanya dalam negara.

"Kali ini bilangannya meningkat kepada 10 calon memandangkan kelebihan yang ada pada wanita Gerakan yang kita optimis mampu memenangkan BN pada pilihan raya ke 14 nanti,’’ katanya.

Gerakan katanya memberi fokus kerusi DUN Jalong dan Canning kerana pengundi-pengundi peringkat akar umbi di kedua DUN berkenaan sukar menemui wakil rakyat mereka untuk menyelesaikan masalah setelah dua penggal.

"Pengundi-pengundi telah sedar sudah dua penggal mereka amat sukar untuk berjumpa dengan wakil rakyat yang amat jelas tidak mempunyai kemampuan dan perancangan langsung dalam menyelesaikan masalah rakyat.

"Kini pengundi telah sedar bahawa pembangkang sebenarnya bukan berjuang untuk rakyat tetapi hanya gila kuasa.

"Mereka hanya datang sebulan sekali beri ceramah hasut rakyat benci kerajaan supaya boleh ambil alih kuasa," katanya.

Tan Lian Hoe juga mengingatkan rakyat khususnya pengundi supaya memilih calon dan bukannya parti kerana apa gunanya kalau memenangkan sesuatu parti sedangkan parti itu tidak dapat membantu rakyat.

"Apa gunanya memilih parti yang tidak dapat membantu rakyat yang akhirnya rakyat merana dan sengsara," tegasnya.

Mengenai isu ROS, beliau menganggap tindakan DAP melewat-lewatkan pendaftaran kerana cuba meraih simpati rakyat kononnya kerajaan BN kejam dan cuba hendak hapuskan DAP.

Katanya, DAP tidak  sepatutnya menuding jari menyalahkan kerajaan BN kerana akibat tindakan mereka sendiri yang tidak menurut peraturan ROS.

Menurutnya DAP telah diberi dua tiga tahun untuk berbuat demikian namun mereka tidak melaksanakannya.

"Rakyat akar umbi perlu fahami secara jelas dan terperinci bahawa bukan kerajaan ingin nak memansuhkan DAP tapi disebabkan kesilapan mereka kerana tidak patuhi peraturahn ROS,’’ ujarnya.


Untuk rekod N.22 : Jalong
Liew Yew Aw (BN) - 6,895
Loh Sze Yee (DAP) - 13,664
S Kalimuthu (Bebas) - 1,303
Majoriti - 6,769

N.25 : Canning
Ceylyn Tay Wei Lung (BN) - 6,624
Wong Kah Woh (DAP) - 21,068
Majoriti - 14,444

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana