ZAID IBRAHIM RAGUI JIKA PKR PIMPIN PAKATAN HADAPI PRU14

Ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim yang meragui kemampuan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menghadapi Pililhan Raya Umum (PRU) akan datang mencadangkan Pakatan Harapan (PH) memberi laluan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengetuai gagasan berkenaan.

Bekas Menteri Undang-Undang itu meragui kemampuan PKR untuk memimpin PH, terutama dalam menghadapi PRU ke-14 akan datang.

“PKR boleh jadi bijak dan membenarkan PPBM memimpin Pilihan Raya Umum ke-14 atau terus meratap sugul,” kata Zaid yang menulis dalam Twitter beliau.

“DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) boleh jadi realistik, atau mereka boleh terus tenggelam dalam fantasi. Ini hari penentuan untuk mereka juga,” ujar Zaid.

Sebelum ini PPBM dilaporkan mahu mengangkat Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi PH, diikuti Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden PH.

Media juga melaporkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penasihat PH di dalam struktur kepimpinan gagasan pembangkang itu.

PPBM juga mencadangkan jawatan Timbalan Pengerusi PH disandang oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, manakala Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula sebagai Timbalan Presiden PH.
Manakala Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu dinamakan sebagai Naib Presiden PH.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan laporan yang disebarkan itu semalam yang mengaitkan bapanya akan dilantik Pengerusi PH.

Memetik sumber laporan Malay Mail Online, DAP dan PAN didakwa tidak begitu selesa dengan cadangan dari PPBM itu. -AP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana