YDP PAS GOMBAK TOLAK KEHADIRAN PEMIMPIN DAP DI MAJLIS BERBUKA PUASA

Selepas aksi bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Nordin menampar Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad, 26 Mei lalu, pemimpin Pas Gombak pula mengejutkan banyak pihak dengan kecamannya kepada pemimpin DAP yang berbuka puasa bersama Umat Islam.

Meluahkan isi hatinya di Facebook pada 28 Mei lalu, Yang Dipertua Pas kawasan itu, Salehhuddin Nasir jelas tidak menyenangi kehadiran pemimpin DAP dalam majlis berbuka puasa bersama penganut Islam di negara ini.

Beliau dalam status di media sosial itu secara berterus-terang mengakui “meluat (dan) menyampah” dengan keadaan tersebut yang dianggapnya sebagai menyibuk.

“Masa lain buat pesta arak dan pesta onani. Haram jadah sungguh,” katanya.

Tidak cukup itu, Salehhuddin menujukan petikan ayat enam, Surah Al-Kafiruun yang bermaksud ‘untukmu agamamu, untukku agamaku’ kepada masyarakat Islam.

“Kepada orang Islam, Allah dah sebut lakum dinukum waliyadin,” ujarnya.

Beliau juga mengecam parti-parti lain didalam Pakatan Harapan yang dianggapnya sebagai macai kepada DAP di dalam mempergunakan Islam.

“Sori saya tak perlu pandangan sufi tasauf di sini. DAP musuh Islam. PAN, PKR macai DAP!!” tulis beliau.

Kenyataan tersebut telah memperolehi hampir 200 ‘likes’ dan juga beratus-ratus komen dari netizen.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana