YANG TIADA BERTAULIAH PUN TIDAK BOLEH, INIKAN PULA SIVARASA

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dinasihatkan supaya memohon ampun kepada istana Selangor seterusnya berjanji tidak mengulangi tindakannya ‘berceramah’ di masjid.
Menurut Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, sekiranya Sivarasa melakukan perkara tersebut, isu dan kontroversi yang melibatkan beliau boleh dihentikan daripada terus berlarutan.
“Kita semua sudah tahu, Tuanku Sultan sudah murka, dan dia pun tahu dia tak patut bercakap dalam masjid pasal politik. Larangan ni pun sudah lama dibuat, ada notis di surau dan masjid-masjid yang dikeluarkan oleh majlis agama.

“Yang terbaik kepada Sivarasa adalah mohon ampun saja kepada tuanku dan janji takkan buat lagi, habislah cerita. Jangankan orang bukan Islam, yang Islam pun tak boleh bercakap di masjid kalau tiada tauliah,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Terdahulu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titahnya murka dengan tindakan Ahli Parlimen Subang PKR, R Sivarasa yang memasuki Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang minggu lalu.

Sultan Selangor bertitah, tindakan Sivarasa itu sudah melampaui batas kerana baginda sudah berkali-kali melarang mana-mana ahli politik daripada berucap di dalam masjid bagi mengelak perpecahan dalam kalangan umat Islam.-MalaysiaGazette

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana