Walaupun Dituduh Bakal Bankrap, Banyak Syarikat Multinasional Pindah Operasi Daripada Singapura Ke Malaysia

Banyak syarikat multinasional, terutamanya dalam sektor minyak dan gas, memindahkan operasi mereka ke sini dari Singapura disebabkan kos yang lebih rendah susulan penyusutan ringgit.

“Dalam tempoh 2 hingga 3 tahun lepas, kami menyaksikan banyak syarikat multinasional yang mempunyai operasi serantau atau penting di Singapura, menempatkan sebahagian daripada jabatan atau ekspatriat mereka ke Kuala Lumpur,“ kata Pengarah Serantau ECA International Asia, Lee Quane.

Quane juga berkata kaji selidik mengenai Kos Sara Hidup ECA yang terkini mendapati Singapura menjadi lokasi ke-24 paling mahal di dunia bagi ekspatriat, meningkat daripada kedudukan ke-18 pada tahun lepas.

Ini disebabkan dolar Singapura susut berbanding kebanyakan mata wang dalam tempoh 12 bulan lepas, katanya.

Quane berkata jurang antara kos sara hidup di Singapura dan Kuala Lumpur meningkat, dengan ibu negara Malaysia merosot 15 tempat kepada bandar ke-212 paling mahal.

Georgetown dan Johor Bahru, masing-masing turun kepada kedudukan ke-245 dan ke-250, katanya.

Johor Bahru juga mempunyai kos sara hidup kedua terendah di rantau ini.

Beliau berkata ECA melaksanakan penyelidikan mengenai kos sara hidup selama lebih 45 tahun dan menjalankan 2 kaji selidik utama pada Mac dan September setiap tahun.

Langkah ini untuk membantu syarikat mengira elaun kos sara hidup supaya kuasa beli pekerja mereka tidak terjejas semasa menjalankan tugasan di luar negara.

Kaji selidik ECA membandingkan kumpulan barangan pengguna dan perkhidmatan yang biasa dibeli oleh pegawai di lebih 460 lokasi di seluruh dunia, antaranya meliputi harga barangan runcit, barangan rumah dan pakaian.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment