Usaha Pakatan rampas Chenderiang... pujuk pemimpin MCA Tapah sertai DAP

DUN Chenderiang dalam parlimen Tapah satu-satunya kerusi yang dimenangi oleh MCA dalam dua pilihanraya umum terakhir dan dianggap kawasan selamat buat Barisan Nasional (BN).

Menyedari hakikat itu, DAP sedang berhempas pulas untuk meletakkan calonnya dikalangan pemimpin MCA tempatan yang berpengaruh dan sanggup berpaling tadah supaya BN hilang kerusi tersebut.

Mereka mengenal pasti 'winnable candidate' terdiri dari seorang tokoh MCA tempatan bahkan sudahpun berusaha memujuknya untuk 'melompat parti'—setakat ini DAP gagal.

Untuk rekod, DUN Chenderiang adalah satu-satu kawasan DUN yang berjaya dimenangi MCA berbanding dengan 18 kerusi yang dikuasai DAP di Perak selepas PRU ke13 pada 2013 yang lalu.

DUN ini kini diwakili Datuk Dr.Mah Han Soon, seorang tokoh muda berwibawa serta dilihat bakal memimpin MCA di masa hadapan.

Agak malang beliau terus dihimpit mengenai isu anak tempatan sebagai isu panas bagi menjatuhkan kareer politiknya—Mah adalah orang luar dari Chenderiang.

Ekoran pendedahan dan keputusan Naib Ketua MCA bahagan Tapah, Ho You Meng (gambar) menolak pelawaan DAP menyertai parti itu dan menjadi calon pembangkang di Chendering dalam PRU ke14 kelak, kedudukan Mah terus releven.

Mah dijangka mempertahankan DUN Chenderiang dalam PRU ke14 yang akan datang.

Ho You Meng ketika mendedahkan pujukan dan asakan DAP agar menyertai parti itu dan menjadi calon menentang BN pada PRU ke 14, berkata beliau menolak pelawaan itu secara muktamad.

Katanya penolakan `bulat-bulat’ itu dibuatnya  kerana kesetiaannya kepada parti dan BN yang telah banyak menabur jasa dan mempunyai rekod tradisi terbaik dalam membela nasib rakyat semua kaum di negeri ini khususnya di DUN Chenderiang.

Beliau menceritakan:"Saya pernah dihubungi Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan dipelawa menyertai DAP dan menjadi calon parti itu pada PRU ke-14 nanti... namun saya menolak pelawaan itu kerana hati saya masih tetap setia bersama-sama MCA dan BN.

"Saya tidak mahu menjadi pengkhianat kepada parti dan BN yang selama ini telah banyak berjuang menabur bakti membela nasib rakyat berbilang kaum di Perak ini,"katanya kepada Agendaily.

Ho yang telah menyertai MCA sejak tahun 1980 membuat pendedahan ini kerana membayangkan betapa DAP kini semakin terdesak untuk mencari anak tempatan daripada kaum Cina sebagai  calon menentang calon BN di DUN Chenderiang pada PRU ke-14 nanti.

Beliau difahamkan DAP sedang mengadakan rundingan dengan PKR untuk bertukar kerusi dalam menyempurnakan matlamat untuk memastikan berlaku pertarungan sengit antara calon DAP dengan BN.

Menurut beliau, DAP dijangka mengambil kesempatan ini kerana melihat status PKR yang kini semakin lemah akibat krisis dalaman parti itu ketika ini.        

"Kita tidak dapat menafikan pengaruh mereka (DAP) berbanding PKR dan sekiranya DAP meletakkan calon mereka  di DUN Chenderiang maka yang pastinya bakal berlaku pertandingan sengit di antara DAP dan BN nanti .. maka BN tidak boleh lalai dalam soal ini,’’ katanya.

Menurut Ho, dalam gerak kerja parti yang dijalankannya kebelakangan ini membayangkan DAP bakal memainkan isu calon anak tempatan untuk `memancing undi dan simpati’ pengundi.

"Mereka dijangka  memainkan isu calon tempatan ini kerana selama ini calon MCA yang bertanding kerusi DUN Chenderiang pada pilihan raya -pilihan raya sebelum ini adalah calon luar atau calon `helicopter’ yang dibawa bertanding dan bukannya calon yang dipilih daripada anak tempatan.

Sehubungan itu beliau meminta pucuk pimpinan BN memberi perhatian serius dan memberi keutamaan dalam soal isu calon tempatan ini kerana ada asasnya ia turut mempengaruhi tuntutan dan kehendak pengundi setempat terutama masyarakat dan pengundi Cina.

Kemenangan calon BN dari MCA Datuk Dr Mah Hang Soon yang juga dianggap bukan anak tempatan Chenderiang pada PRU ke-13 lalu walaupun bersandarkan pengundi besar masyarakat Orang Asli namun itu tidak boleh dinilai pada PRU ke-14 nanti.

Menurut Ho, gerak kerja yang dijalankan pihaknya di kawasan perkampungan orang Asli dalam DUN Chenderriang dan Parlimen Tapah  mendapati generasi muda Orang Asli sudah jauh berubah kerana mereka kini terdedah kepada aplikasi info maklumat dalam media sosial selain ramai yang bekerja diluar berkomunikasi dengan masyarakat luar.

"Saya ada bertanyakan beberapa orang genarasi muda orang Asli ini.. apakah mereka merasa puas hati dengan persediaan jalan raya  dan bantuan pendidikan yagn diberikan kerajaan BN..namun jawapan yang diberikan mereka …ahh..itu semua memang tanggungjawab kerajaan untuk menyediakannya," katanya.

Paling mengejutkan apabila beliau diberitahu oleh seorang tok batin kalau dulu setiap arahan kerja yang dibuat oleh tok batin kepada anak-anak muda ini maka pantas mereka laksanakan namun kebelakangan ini sudah berubah dan tidak ramai yang mahu menuruti arahan tok batin.

"Dalam soal ini, pucuk pimpinan BN perlu ambil perhatian serius dengan kerap turun padang menyelami permasalahan genersi muda orang Asli ini dan mencari jalan terbaik untuk mengatasinya sebelum terlambat,"katanya.

Untuk rekod, pada PRU ke-13, Calon BN  N46 Chenderiang, Datuk Dr. Mah Hang Soon menang dengan majoriti 4,764 undi. Beliau mendapat (10,866) undi menewaskan calon PKR, Amani Williams Hunt Abdullah- PKR (6,099) undi.


P072 Tapah : M Saravanan- BN (20,670)

K Vasantha Kumar- PKR (12,743)

Ridzuan Bani- Bebas (337)

Shaharuzzaman Bistamam- Bebas (2,053)

Menang- BN dengan majoriti 7,927 undi

N47 Ayer Kuning : Samsudin Abu Hassan- BN (11,094)

Ahmad Razi Othman- PAS (7,609)

M Kathiravan- Bebas (297)

Menang-BN dengan majoriti 3,485 undi

Menang- BN dengan majoriti 4,764 undi

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana