Tun M tak sesuai jadi PM, kata PAS....Padan Muka Madey

SHAH ALAM:  Tun Dr Mahathir Mohamad sudah melepasi zaman dan tidak lagi sesuai untuk dijadikan Perdana Menteri, demikian menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Sehubungan itu beliau berkata pakatan pembangkang perlu mencari calon dari kalangan pemimpin muda, seiring dengan peredaran pentadbiran negara.

“Ini memandangkan Mahathir sudah melepasi zaman dan sepatutnya perlu ada calon lebih baik, memandangkan kita sudah masuk era ‘litar sepang’ (zaman baru) jadi mesti ada calon muda dan berwibawa.

“Lagipun pembangkang mempunyai ramai lagi calon yang sesuai dan muda yang boleh diketengahkan,” katanya selepas merasmikan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan “free market for asnaf” di Masjid As-Salam Pengkalan Chepa, hari ini.

Mohd Amar berkata demikian mengulas isu calon perdana menteri dari gagasan pembangkang, yang kini mencetus konflik di kalangan Pakatan Harapan (PH).

PH sebelum ini senada memilih Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri jika mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Namun begitu idea tersebut dilihat sukar selepas penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ke dalam PH, apatah lagi keengganan pimpinan tertinggi PPBM iaitu Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Dr Mahathir juga berulang kali menegaskan pembangkang perlu menang terlebih dahulu sebelum memilih siapa yang layak sebagai perdana menteri.

Bekas perdana menteri itu bagaimanapun pada baru-baru ini 'tidak kisah' dicalonkan kembali mentadbir negara sekiranya ada permintaan di kalangan pembangkang.

Sebelum ini hasil kajian INVOKE, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendapati Anwar kekal menjadi pilihan pengundi meninggalkan Dr Mahathir dan Muhyiddin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana