“TSUNAMI” MELAYU BELUM TENTU, “TSUNAMI” BERSATU SEDANG BERLAKU

DAP tahu kalau hanya dengan sokongan kaum tertentu saja, parti itu tidak akan berjaya mengalahkan BN dalam PRU14 yang akan datang.  Maka kegelojohan Mahathir untuk meletak suku sakatnya sebagai Perdana Menteri seterusnya, digunakan sepenuhnya oleh DAP dengan mendakwa tindakan Mahathir ini akan membawa kepada berlakunya tsunami Melayu.

Istilah tsunami dalam politik bermaksud peralihan sokongan secara besar-besaran dan Mahathir telah berjanji kepada DAP akan berlaku tsunami Melayu dalam PRU14 yang akan datang jika dia memimpin Pakatan.  Tak hairan Mahathir mencadang posisi nombor satu dan dua dalam Pakatan diberikan kepada partinya kalau nak tsunami Melayu berlaku – cadangan yang bukan saja ditolak PKR secara total, malah DAP jugak.

Tapi itu cerita lain untuk penulisan yang lain juga.

Yang penting sekarang ni ialah, dari apa yang kita lihat hari ini berlaku kebelakangan ini, tsunami Melayu yang Mahathir janjikan kepada DAP nampaknya semakin hari semakin jauh dari berlaku.  Sebaliknya, tsunami berlaku dalam parti yang Mahathir tubuhkan, Bersatu.

Hari-hari kita dengar orang keluar Bersatu sekarang ni dengan terbaru 200 orang meninggalkan parti cap bungan itu di Melaka.  Seterusnya menimbulkan persolana, entah bagaimana Mahathir nak men’tsunami’kan sokongan Melayu kepada Pakatan bila sokongan dalam parti dia sendiri pun semakin merudum dari hari ke hari?

Silap-silap haribulan, setelah semua yang berlaku ini DAP akan melihat semula sokongan mereka terhadap Mahathir.  DAP mengambil risiko besar kehilangan sokongan akar umbi apabila bekerjasama dengan Mahathir, tapi apalah maknanya semua itu kalau tsunami Melayu yang Mahathir janjikan tidak berlaku melihat kepada tsunami yang berlaku dalam partinya sekarang?
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment