Tindakan tegas perlu agar ceramah politik dalam masjid tidak berulang

Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap Ahli Parlimen PKR Subang, R. Sivarasa yang bertindak melampau berucap di ruang solat Masjid An Nur, Subang baru-baru ini walaupun peringatan sudah diberikan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi memberi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak melakukan perbuatan yang sama.

“Amaran sudah diberi beberapa kali tetapi masih lagi buat dan tidak mempedulikan amaran.

“Tindakan perlu dilakukan dengan lebih keras kepada golongan ini,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan di Masjid Darul Fikri hari ini.

Jumaat lepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah meluahkan rasa kemurkaan terhadap tindakan Sivarasa, berceramah politik dalam Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang, Shah Alam pada 24 Mei lalu dengan bertitah bahawa sudah melampaui batas.

Menurut baginda, wakil rakyat PKR itu dan pemimpin politik lain sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam. sudah diingatkan supaya masjid tidak dijadikan tempat berpolitik

“Beta tidak membenarkan ahli politik berceramah atau berucap di dalam masjid kerana beta tidak mahu ia menjadi punca kepada perpecahan umat Islam. Namun teguran beta nampaknya tidak diendahkan dan beta ingin menegaskan, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa, ‘You have crossed the line!’.

“Jikalau Ahli Parlimen Subang itu hendak berucap lapan jam atau sepuluh jam di luar dari kawasan masjid, beta tidak menghalangnya, itu semua terserah kepada rakyat sama ada mahu mendengar ataupun tidak, tetapi jangan sama sekali berucap di dalam masjid dan di dalam kawasan masjid,”  demikian titah baginda lagi

Pada masa yang sama, baginda menegaskan bahawa nazir masjid, imam dan ahli jawatankuasa masjid sepatutnya lebih peka dan mengambil berat terhadap titah baginda

“Beta memberi kuasa kepada nazir, imam dan ahli jawatankuasa masjid untuk menjaga rumah Allah dan kemuliaan masjid. Maka gunakanlah kuasa ini dengan sebaik-baiknya.

“Jika ada antara nazir, imam atau ahli jawatankuasa masjid yang hendak aktif berpolitik di masjid, beta titahkan supaya berhenti daripada menjadi nazir, imam atau ahli jawatankuasa masjid dan serahkan tanggungjawab itu kepada orang lain,” titah baginda.

Sultan Selangor juga memberi amaran tidak teragak-agak menitahkan JAIS supaya menamatkan perkhidmatan nazir, imam dan ahli jawatankuasa masjid yang melanggar serta tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana