TINDAKAN MAHATHIR UNDANG PERSEPSI NEGATIF

Ketidaksepakatan Pakatan Harapan masih berterusan apabila sehingga kini mereka tetap bertelagah dalam menentukan siapa yang paling layak diangkat sebagai Perdana Menteri.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muh­yiddin Yassin berkata, sekiranya tidak ada kata sepakat daripada Pakatan Harapan yang diketuai DAP dalam isu jawatan Perdana Menteri, maka le­bih baik terus berbincang dan tidak ada mana-mana individu atau parti menamakan atau memberi pandangan mengenai perkara itu.

Katanya, tindakan seperti itu termasuk oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membangkitkan isu tersebut juga akan mengundang persepsi negatif rakyat.

“Pada pandangan peribadi saya, lebih baik perkara ini tidak dibincangkan secara terbuka. Kerana ia akan menimbulkan pelbagai salah faham atau kekeliruan.

“Bagi saya, sehingga kita capai satu kata sepakat, elok kita tidak keluarkan lagi pandangan sebegitu, duduk bincang, jangan bocorkan dan keluarkan rahsia hingga akhirnya keyakinan pengundi kepada kita boleh terjejas,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir mengakui beliau berkemungkinan terpaksa mempertimbangkan semula untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya itu yang dimahukan oleh kepimpinan Pakatan Harapan diketuai DAP.

Pengakuan Dr. Mahathir itu menimbulkan lagi kekeliruan dalam kalangan orang ramai mengenai calon Perdana Menteri daripada gabungan longgar itu.

Dalam Konvensyen Nasional PKR bulan lalu, parti tersebut membuat penegasan mahukan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ketujuh jika Pakatan Harapan diketuai DAP berjaya menawan Putrajaya.

Sebelum tu, nama Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menerajui PKR turut di­sebut sebagai calon Perdana Menteri, selain nama bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan tidak terkecuali pemimpin PAN, Muhamad Sabu.

Dalam perkembangan berasingan, Muhyiddin turut memaklumkan Tan Sri Sanusi Junid dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin PPBM selepas memutuskan penubuhan lembaga disiplin itu dalam mesyuarat sebelum ini.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment