Tindakan DoJ satu konspirasi....Selalu Pihak Pembangkang kata Konspirasi...Yang PEmbangkang Pembohong Sebenarnya

Terpesong dan menimbulkan keraguan, itu reaksi Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bersabit tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat yang memfailkan sekali lagi saman sivil berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tunku Aziz yang dipetik Utusan Malaysia berkata, tindakan penamaan yang tidak sepatutnya, tanpa sebab terhadap perkara dan individu tertentu dalam saman sivil terbaru itu tidak boleh dipercayai dan boleh dianggap satu konspirasi.

Sehubungan itu kata beliau, adalah amat jelas terdapat cubaan pihak tertentu menggunakan kuasa asing melalui DoJ walaupun dengan melakukan pertuduhan tanpa mengikut lunas keadilan sebenar semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Isu 1MDB melibatkan syarikat negara ini. DoJ sepatutnya membuat penyiasatan dengan kerjasama pihak berkuasa negara ini tanpa bertindak sendiri.

“Ini bermakna DoJ tidak mengikut lunas undang-undang sebenar apabila bebas membuat tuduhan, tidak perlu siasatan terperinci dan bukti-bukti kukuh. Masyarakat tidak boleh percaya dengan apa yang dikeluarkan DoJ itu,” katanya dipetik akhbar berkenaan.

DoJ beberapa hari lalu memfailkan dokumen lebih dari 200 mukasurat di sebuah mahkamah di California sebagai usaha merampas aset dan hartanah mewah yang didakwa dibeli menggunakan wang yang dilarikan 1MDB.

Tahun lalu DoJ mengumumkan hasil siasatannya dengan mendakwa berlaku kecurian lebih dari RM19 bilion dalam 1MDB yang juga melibatkan pegawai atasan dan sekutu mereka.

1MDB dalam kenyataannya menyifatkan tindakan DoJ itu sebagai tindakan tanpa bukti yang jelas, selain bertegas tidak ada kaitan dengan permohonan AS, selain tidak menerima sebarang panggilan daripada DoJ.

Syarikat milik Kementerian Kewangan itu bagaimanapun menyatakan kesediaannya memberi kesediaan kerjasama “dengan mana-mana pihak berkuasa luar negara, berdasarkan protokol antarabangsa mengenai perkara itu dan nasihat pihak berkuasa tempatan yang berkaitan."

Dalam pada itu, Tunku Aziz tidak menolak kemungkinan tindakan DoJ kali ini didakwa merupakan agenda terancang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berterusan menyerang 1MDB semata-mata mahu menggulingkan Najib.

“1MDB bukan lagi satu isu. Kalau kita nak salahkan pengurusannya yang tidak baik dan tidak cekap, kita boleh terima. Tetapi kalau nak tuduh Perdana Menteri curi duit, adalah tidak wajar.

“Jangan kita nak ikut negara luar untuk menjatuhkan kerajaan negara ini dan Perdana Menteri yang dilantik secara demokrasi. Itu semua tindakan yang tidak bermaruah dan tiada semangat patriotik untuk mempertahankan negara.

Tidak perlu guna kuasa asing untuk campur tangan isu yang berlaku dalam negara kita kerana kita mempunyai pasukan penyiasatan yang lebih kredibel,” kata bekas Naib Pengerusi DAP itu lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana