TIADA KEBEBASAN BERSUARA DALAM PPBM, EXCO ARMADA PPBM HADAPI TINDAKAN LEMBAGA DISIPLIN

Tindakan Exco Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merangkap ketua biro keselamatan pusat, Muhammad Hafiz mendesak pengerusi PPBM Tun Mahathir untuk menjelaskan mengapa anak-anak dia begitu kaya dalam masa yang singkat dan juga mendesak Presiden Parti Muhyiddin Yassin untuk membersihkan nama dan menafikan skandal seks beliau yang mempunyai kaitan dengan perempuan bernama Nika Gee telah menyebabkan situasi semasa PPBM jadi haru biru. Malah tindakannya itu telah menyebabkan dia kini perlu berdepan dengan tindakan lembaga disiplin parti.

Hafiz telah mempertikaikan kepimpinan Dr Mahathir dan Muhyiddin secara langsung dan perkara ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pucuk pimpinan parti khususnya Mukhriz Mahatir. Suatu ketika dahulu, pernah diuar-uarkan bahawa PPBM adalah parti yang telus dan sanggup menerima apa jua kritikan dari bawahan. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, jelas di sini tiada kebebasan bersuara dalam PPBM. Sudah pasti parti akan menggunakan apa jua cara bagi menyekat ahlinya daripada bersuara dengan mengambil tindakan terhadap mereka yang mempertikaikan kepimpinan mereka.

Perkara ini timbul kerana Hafiz mempersoalkan Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, dari 1981-2003, pelbagai tuduhan dilemparkan pembangkang, yang kini disertainya, termasuk menyalah guna kuasa dan rasuah. Mahathir yang kini Pengerusi PPBM, dilabel sebagai mahafiraun dan mahazalim, malah dikategorikan sebagai pemimpin diktator.

Menurut Hafiz, mereka orang muda mahu dipimpin oleh pemimpin politik yang telus dan bersih dari amalan rasuah. Mereka juga tidak suka apabila pemimpin-pemimpin parti dilempar dengan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Justeru itu, Pemuda parti itu meminta pemimpin utama parti, Mahathir untuk tampil memberi pencerahan mengenai isu kekayaan luar biasa anak-anak beliau dalam masa yang singkat. Selain itu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga perlu membersihkan nama beliau dengan menafikan tuduhan skandal bersama seorang wanita.

Muhammad Hafiz mendakwa beliau sering ditanyakan soalan di peringkat bawahan mengenai isu berkenaan, tetapi tidak tahu bagaimana mahu menjawabnya kerana tidak mengetahui isu berkenaan atau mengenali wanita dengan nama itu. Pemimpin Pemuda PPBM itu juga mengakui bahawa semangat mereka berjuang dalam parti semakin luntur susulan pelbagai isu yang membelenggu kepemimpinan parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana