Terbalik kot…polis pula cekup pegawai SPRM

Tidak kira apa saja agensi penguatkuasa,siapa yang buat salah…sendiri tanggung.Apapun kes yang berlaku di Pulau Pinang ini agak menarik.

Sebelum ini kita dengar SPRM cekup anggota dan pegawai polis disyaki terlibat lindungi sindiket rumah urut dan judi haram seperti apa yang berlaku di Melaka.

Dalam kes ini polis pula cekup pegawai SPRM yang disyaki peras ugut seorang pegawai polis dalam satu kes judi.

Seorang pegawai SPRM berusia 38 tahun dari Unit Intelijen (Zon Utara) ibupejabat SPRM Putrajaya ditahan di sebuah restoran di Macang Bubuk,Bukit Mertajam pada jam 10.20 Jumaat malam.

Ketua Polis daerah Seberang Perai Tengah Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid kata pegawai SPRM itu disyaki meminta pegawai polis itu membayarnya RM3,000 sebulan.

Pegawai SPRM berkenaan memberitahu pegawai polis itu dia bertanggong jawab melaporkan perkembangan aktiviti judi haram.

Sementara itu SPRM telah mengesahkan penahanan seorang pegawainya di Pulau Pinang pada Jumaat kerana didakwa peras ugut seorang anggota polis dalam kes judi.

Kenyataan SPRM kata ia tidak akan berkompromi atas soal undang-undang sekalipun melibatkan pegawainya sendiri.

Katanya tindak tanduk itu tidak melambangkan SPRM.

SPRM mengalu-alukan siasatan polis dalam kes itu dan tidak akan campurtangan.

Dalam perkembangan berkaitan, pagi Sabtu Majistret Nurul Rashidah Mohd Akit di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam telah mengeluarkanm perintah tahanan reman selama tiga hari keatas pegawai SPRM berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana