Tarik diri jadi PM, Anwar cuba tagih simpati

Penarikan mengejut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) merupakan satu kenyataan yang amat diragui.

Ketua UMNO Bahagian Cheras,  Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan tindakan itu seperti menagih serta mengemis simpati rakyat terhadap pembangkang yang sedang mengatur strategi menawan Putrajaya.

“Pakatan Harapan sememangnya mahu Anwar sebagai Perdana Menteri dan beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan tersebut kerana menyedari ada pihak yang berpihak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad,” tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blognya, Sabtu.

Anwar sebelum ini dinamakan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan oleh PKR dalam kongres parti itu pada Mei lalu.

Bagaimanapun, pada Sabtu, bekas ketua pembangkang itu mengeluarkan kenyataan menarik diri, di mana pemerhati politik melihat tindakan itu sebagai memberikan kuasa penuh serta restu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menerajui pembangkang.

Beliau juga membidas pembangkang yang tidak menghormati kesucian bulan Ramadan dengan menyogokkan bahan-bahan fitnah serta mencerca sesama pemimpin terutama golongan Muslim.

“Sepatutnya di bulan Ramadan yang mulia ini, perlu memperbanyakkan ibadat, bukannya menyerang pemimpin dengan fitnah jahat, lagi pun menyebar fitnah itu satu dosa besar,” katanya.

Sementara itu, Syed Ali (foto) menegaskan bahawa kepimpinan UMNO di empat peringkat perlu bangkit dengan segala kekuatan menyerang balas pembangkang yang suka menabur fitnah terhadap pucuk pimpinan parti serta  kerajaan.

“Sudah sampai masanya kepimpinan empat peringkat termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri meningkatkan peranan mereka terutama di akar umbi

“Saya menyeru, mari kita bersatu tenaga menyerang pembangkang habis-habisan yang semakin bertindak liar memainkan isu fitnah terhadap presiden parti,” katanya lagi.

Syed Ali juga memberi saranan bahawa media sosial UMNO perlu digunakan sebaik mungkin untuk menangkis sebarang tohmahan yang dilemparkan terhadap parti dan pucuk pimpinan.

“Media sosial UMNO atau cyber tropper ada tugas mereka, kita di kepimpinan empat peringkat ada tanggungjawab masing-masing, gabungan itu sudah cukup kuat untuk menentang dakyah pembangkang,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana