Tak Salah Makan Secara Terbuka Dalam Bulan Ramadan – Maryam Lee

Baru-baru ini, tindakan seorang wanita beragama Islam mendedahkan dirinya makan secara terbuka di sebuah restoran di Quill City Mall, dikecam hebat netizen yang menganggap tindakannya itu keterlaluan dan tidak hormat orang Islam yang lain, berpuasa.

Status yang dimuat naik oleh Maryam Lee pada jam 2 petang semalam telah dikongsi 3,232 di laman Facebook dan rata-rata yang meninggalkan komen mengecam tindakannya itu.
Maryam juga mengambil inisiatifnya sendiri dengan membuat bancian di laman Twitter. Hasilnya, 60% dari 878 berpendapat bahawa adalah tidak menjadi satu kesalahan makan secara terbuka bagi umat Islam di bulan Ramadhan.

Menurut pendakwah, Wan Ji Wan Hussin berkata, umat Islam disarankan menghormati hak orang yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan.

“Cara fikiran masyarakat Islam di Malaysia ini perlu diperbaiki. Bukan dengan hanya mengharapkan orang lain yang kena hormat umat Islam di mana pada bulan ramadhan, ketika orang Islam tidak boleh makan, orang lain pun kena hormat, tak boleh” ujarnya.

Jelas Wan Ji lagi, bukanlah menjadi kesalahan di sisi syariah untuk orang Islam yang tidak boleh berpuasa untk makan di tempat awam.

“Islam tidak melarang pun. Hal sensitiviti dan sentimen ini hanyalah hal orang Melayu. Keadaan ini boleh diubah melalui perubahan sikap sebahagian orang Islam sendiri yang sering mendesak agar mereka dihormati tanpa menghormati orang lain” ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana