SYED SADDIQ BOCORKAN RAHSIA MAHATHIR

Ketua Armada PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah membocorkan rahsia besar pihak pembangkang siapa lagi kalau bukan Mahathir yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan dan menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Syed Saddiq telah pun mendedahkan kepada tiga lagi Exco ARMADA tentang pertemuannya dengan Pengerusi PPBM Mahathir Mohamed dan Tun Daim Zainuddin bagi merancang mengenai isu-isu DOJ-US yang dibangkitkan sebelum ini pada 15 Jun 2017 yang lepas.
Beliau juga mendedahkan kepada ketiga-tiga Exco ARMADA berkenaan perancangan dan perkara yang bakal berlaku kepada Malaysia selepas isu ini dibangkitkan pada Khamis yang lepas. Adakah Syed Saddiq mahu menjadi pengkhianat dalam PPBM atau jaguh dunia bagi ARMADA?

Rahsia besar turut dibocorkan oleh Syed Saddiq adalah berkaitan dengan Daim membayar kepada Clinton Foundation sebanyak USD 5 juta atau sekitar 22 juta melalui orang tengah bagi memastikan DOJ membuat dakwaan-dakwaan serta tuduhan yang tidak berasas kepada Najib. Sebanyak RM 50 juta telah diperuntukkan untuk tujuan berkenaan dan sebahagiannya disalurkan kepada Sarawak Report.

Dalam usaha Mahathir mahu menjatuhkan dan menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa serba tidak kena dan gagal. Mengapa boleh jadi macam ni? Kalau niat Mahathir tidak baik, tidak bersih apa pun yang dilakukan oleh Mahathir untuk gulingkan Najib pasti gagal. Dan sekali lagi langkah Mahathir tumpas dan tewas dalam usaha Mahathir memburukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di mata rakyat negara ini dan masyarakat dunia.

Kesimpulannya Mahathir sangat terdesak melakukan apa sahaja sehingga sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang sangat banyak dan besar USD 5 MIL kepada Yayasan Clinton di Amerika Syarikat bagi tujuan melobi agar DOJ US menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment