Syed Hamid Albar bersara setelah pegang Pengerusi SPAD selama tiga penggal…

Tan Sri Syed Hamid Albar bersara sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 3 Jun lalu yakni genap tujuh tahun beliau pegang jawatan berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi satu kenyataan Khamis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau yang telah menyandang jawatan sebagai Pengerusi SPAD selama tiga penggal bermula dari awal penubuhan SPAD pada tahun 2010 hingga 2017.

“Banyak kejayaan telah dicapai oleh SPAD di bawah kepimpinan beliau," katanya.

Kata Perdana Menteri kerajaan akan mengumumkan Pengerusi SPAD yang baharu dalam masa terdekat bagi menggantikan Syed Hamid Albar .

Kenyataan itu memberitahu bagi memastikan operasi SPAD berjalan seperti biasa, seorang daripada Anggota Suruhanjaya sedia ada akan dilantik menjalankan sementara tugas Pengerusi SPAD sesuai dengan peruntukan Seksyen 12 (a), Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana