SURCAJ AIR – GUAN ENG DAKWA PEMUDA UMNO BERNIAT JAHAT DAN KAKI FITNAH...UMNO JUGAK YANG DITUDUHNYA

Baru-baru ini, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Abd Rahim mendesak Lim Guan Eng untuk menjawab desas-desus dakwaan yang mengatakan pembayaran surcaj air dikreditkan ke pejabat Ketua Menteri dan bukannya untuk kegunaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

“Isu ini perlukan penjelasan kerana ia melibatkan wang rakyat. Rakyat perlu tahu ke manakah wang tersebut disalurkan.. sudahlah mereka dibebankan dengan kenaikan surcaj air, kini ke mana wang tersebut digunakan pula menjadi isu.

“Tapi pesanan saya kepada rakyat, jangan terlalu berharap untuk Guan Eng menerangkan berkaitan perkara ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa isu yang menjerat diri dan parti DAP, maka isu tersebut akan dibiarkan sunyi tanpa sebarang jawapan,” kata Rafizal.

Namun, seperti kebiasaan reaksi balas parti itu yang menafikan dakwaan tersebut. Malah lebih jeliknya apabila mendakwa pula Pemuda UMNO berniat jahat dan kaki fitnah.

Ini dapat dilihat apabila Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir. Jaseni Maidinsa cuba menegaskan bahawa dakwaan tersebut tidak benar kerana semua hasil surcaj air dikreditkan ke akaun PBAPP sahaja.

“Saya nak sahkan bahawa semua tuduhan ini adalah tidak benar, dan semua hasil surcaj air dikreditkan ke akaun PBAPP sahaja,” kata Ir. Jaseni.

Guan Eng pula mendakwa tuduhan yang dibuat Pemuda UMNO Pulau Pinang itu kononnya merupakan ‘fitnah jahat’ untuk ‘memburuk-burukkan’ peribadi Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP.

Beliau cuba menegaskan kononya adalah mustahil pejabatnya menerima kredit daripada PBAPP memandangkan agensi tersebut disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia dan terikat dengan birokrasi kewangan yang ketat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana