Surat Terbuka Kepada PDRM Disiasat....Cari Sampai Dapat

KUALA LUMPUR: Polis akan meneliti semula kertas siasatan berhubung satu kes samun susulan surat terbuka yang dimuat naik individu mendakwa mangsa kes itu di akaun Facebook miliknya.

Ia kemudian viral di media sosial, semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata pihaknya akan melihat semula kes itu dengan meneliti fakta dan kandungan surat berkenaan bagi mengetahui apa yang menyebabkan mangsa tidak berpuas hati terhadap siasatan.

Katanya, pegawai penyiasat kes akan dipanggil sebagai sebahagian daripada proses siasatan.

“Kita akan ambil semula kertas siasatan, tengok apa yang berlaku kerana kita ada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi dan apa tindakan yang perlu diambil jika membabitkan kes samun.

“Kita akan siasat jika berlaku perlanggaran SOP dan menghilangkan keterangan seperti didakwa (mangsa) kerana jika benar, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) di Mes Pegawai Bukit Aman, di sini, hari ini. Noor Rashid berkata, pihaknya akan melakukan siasatan dalaman terlebih dulu.

Kelmarin, pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Nukman Muqarrin, memuat naik status bertajuk ‘Surat Terbuka Untuk Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap siasatan berhubung kes samun bersenjata oleh sekumpulan lelaki didakwa terhadap dirinya pada 20 Februari lalu.

Kandungan surat itu antara lain mendakwa polis cuba ‘membuang kes’ dengan menyerahkan barang bukti kepadanya sebelum kes dibicarakan di mahkamah, selain dikatakan memalsukan tandatangan dokumen kawad cam.

Dia juga mendakwa diminta tidak hadir ke mahkamah selain hampir semua saksi gagal hadir memberi keterangan, menyebabkan kes tertangguh beberapa kali.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment