Surat dari penjara... Anwar tak setuju Mahathir ganti Azizah terajui PH...Anwar Pun Tahu Mainan Madey

Orang puteh kata 'it takes a thief to catch a thief' atau bahasa kita 'hanya jauhari mengenal manikam'.

Orang lain Tun Mahathir Mohamad boleh temberang... tapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dah masak dengan 'politik' bekas PM itu, Anwar tahu 'akal' beliau nak rampas 'command' pembangkang daripada keluarga beliau dan PKR kepada Mahathir dan PPBM.

Pagi Ahad sumber PKR memberitahu Agendadaily, Anwar menolak keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk menamakan Mahathir sebagai pengerusi gabungan tersebut walaupun beliau sendiri dinamakan sebagai ketua umum / penasihat PH manakala Ketua Pembangkang kini Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai timbalan pengerusi.

Ini kerana Anwar cukup faham, gabungan yang akan didaftarkan itu menjadikan pengerusi sebagai pemimpin rasmi manakala ketua umum hanyalah gelaran untuk penasihat.

"Dalam surat terbaru (Sabtu) Anwar tak setuju perubahan struktur PH, beliau mahu struktur lama iaitu  Wan Azizah dikekalkan sebagai Pengerusi PH, dalam struktur baru yang dipersetujui oleh DAP dan PAN, Tun Mahathir merupakan Pengerusi manakala Wan Azizah Penasihat dan Anwar Ketua Umum," kata sumber tersebut.

Bantahan Anwar menyebabkan keputusan untuk mengumumkan struktur dan logo PH yang sepatutnya pada Jumaat lalu (9 Mei) tertangguh lagi.

Mesyuarat Presiden PH dijangka bersidang bagi membincangkan bantahan Anwar dan keputusan PKR pada minggu hadapan.

Pada mesyuarat pagi Jumaat yang lalu, PPBM mencadangkan Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat sebagai pengerusi dan presiden pakatan tersebut.

Cadangan PPBM itu dipersetujui sekutu lama Anwar iaitu DAP dan PAN tapi PKR mahukan tempoh untuk merujuk Anwar, dan dalam jawapan pada Sabtu, Anwar menegaskan supaya perbincangan diteruskan tapi tidak setuju Mahathir menerajui PH.

Pimpinan PKR, PAN dan DAP di kongres PKR 21 Mei lepas mengangkat plakad “Anwar PM ke-7”, manakala pimpinan PPBM tidak berbuat demikian.

Pada 1 Jun lalu,  Mahathir berkata beliau akan 'mempertimbangkan' jika diminta menjadi perdana menteri PH.

Mahathir berkata beliau tidak akan membelakangkan pimpinan PH lain, maka pemilihan calon perlu mendapat persetujuan semua komponen gabungan pembangkang.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment