Sungguh-Sungguh Khalid Samad Pertahan Akhbar The Star

Patutlah Ahli Parlimen PAN-Shah Alam, Khalid Samad beriya-iya meninggalkan PAS dan masuk ke dalam parti boneka DAP, PAN kerana dalam dirinya ada sikap seperti pemimpin DAP yang mempertahankan yang salah dan menghancurkan yang benar demi kepuasan nafsu politik mereka.

Di akaun Twitternya pagi tadi, Khalid mempertahankan kesalahan akhbar The Star yang menyiarkan berita Malaysia sebagai pendahulu pengganas, dan gambar orang bersolat terawih sebagai gambar besarnya dengan menganggap ia hanya kesalahan susun atur akhbar itu sahaja.

Beliau turut menyindir pihak yang menyalahkan The Star kerana mengguris perasaan umat Islam sebagai buta huruf dan tidak tahu membaca.

“Bergantung pada apa yang ditulis, yang buta huruf tak reti baca ambo (saya) tak boleh komenlah.

“Ambo (saya) selalu baca dulu sebelum komen, kesilapan layout sahaja,” kata Khalid dalam tweet berkenaan.
Walaupun ia satu kesilapan, ia sepatutnya boleh dihindari dengan meruju pihak berkuasa agama dan juga pemeriksaan teliti dalam susun atur ketika prosen penerbitan sekaligus menjaga hati orang Islam di negara ini.

Gambar itu mencetuskan kontroversi seakan-akan menunjukkan amalan solat dalam Islam melahirkan kumpulan pengganas ekstresm yang melakukan serangan di seluruh dunia untuk menjadikan dunia huru-hara.

Umat Islam di negara ini marah dengan tindakan The Star itu dan mempersoalkan apakah tindakan sebenar akhbar itu menerbitkan laporan dan gambar seperti itu.

Khalid dengan tanpa segan silu mempertahankan The Star biarpun ia mengguris perasaan sensitiviti umat Islam iaitu agamnya sendiri.

Bukan sekali The Star telah mencetuskan kontroversi tetapi sudah berkali-kali dan tidak pernah diambil tindakan keras ke atas pihak penerbitan akhbar berkenaan.

Pada bulan Ramadan tahun 2011, akhbar The Star mencetuskan kemarahan apabila memaparkan juadah babi panggang sebagai satu daripada hidangan juadah Ramadan. Ia mendapat kecaman dan The Star dipanggil oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum kemudian memohon maaf.

Pada 2012, mereka siarkan pula gambar penyanyi Erykah Badu yang mempunyai tatu tertulis kalimah Allah di badannya, sekali lagi mereka meminta maaf.

Pada tahun lepas pula, The Star meletakkan gelaran Almarhum kepada Sultan Ismail Petra, ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Adakah mereka tidak mencari maklumat sahih dahulu sebelum menulis berita?

Sehinggalah pada kes terbaru ini, sekali lagi pihak pengurusan The Star dipanggil oleh pihak KDN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana