Sultan Selangor berhak murka, kata Harussani

SHAH ALAM: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap Ahli Parlimen Subang R Sivarasa sebagai wajar.

"Orang Islam pun tidak dibenarkan bercakap tentang politik di dalam masjid.

"Masjid mesti bersifat neutral. Memang wajarlah (murka) kerana Sultan Selangor adalah ketua agama," katanya kepada Antarapos.

Malah, beliau turut menyifatkan perkara itu tepat kerana selari dengan kedudukan Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam.

"Tapi kita umat Islam sebenarnya memang sudah tahu bahawa soal politik atau perkara berkaitan politik tak dibenarkan di mana-mana pun.

"Tambah lagi orang bukan Islam,  lagilah kita tak benarkan," katanya.

Untuk rekod Sultan Selangor menzahirkan rasa murkanya dan dukacita dengan tindakan Sivarasa yang memasuki Masjid An Nur Kampung Melayu Subang dan menggunakan ruang solat sebagai tempat berpolitik minggu lalu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim berkata, Sultan Selangor telah menitahkan kepada Setiausaha Sulit baginda Datuk Mohamad Munir Bani supaya mengarahkan pihaknya mengambil tindakan terhadap nazir dan jawatankuasa masjid tersebut.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment