SPRM teliti kes kekayaan luar biasa anak-anak Mahathir

Perkara ini sudah dibangkitkan pembangkang sejak lama dulu... sebelum Tun Mahathir Mohamad 'join' mereka untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tapi pembangkang biasalah... apabila orang join depa, semua dosa jadi suci dan maksum tiba-tiba.

Cuma kali ini agak menarik selepas orang parti Mahathir sendiri yang buat report pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bukan sikit-sikit katanya sampai 488 syarikat.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), SPRM, Datuk Azam Baki pihaknya perlu meneliti maklumat berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimiliki anak-anak  Mahathir.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, pihaknya telah menerima aduan berkaitan isu tersebut namun beliau enggan mengulas mengenai perinciannya.

“Kita perlu melihat perkara itu terlebih dahulu. Jika kita dapati benar wujud kesalahan rasuah dan salah guna kuasa baru siasatan akan dijalankan untuk tindakan selanjutnya.

“Selebihnya, saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara ini,” katanya.

Sebelum ini Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pusat PPBM, Abd. Wahazir Abd. Wahabi telah menyerahkan senarai nama syarikat dimiliki oleh empat orang anak Dr. Mahathir iaitu Tan Sri Mokzani, Mirzan, Datuk Seri Mukriz dan Datin Paduka Marina kepada Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya kerana kekayaan luar biasa yang diperoleh mereka.

Dakwa Abd. Wahazir, syarikat-syarikat tersebut antaranya dikenal pasti wujud semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan sehingga kini masih ber­operasi dengan tender-tender kerajaan.

Dalam pada itu, Abd. Wahazir serta rakan-rakannya juga dikatakan telah berjumpa dengan Dr. Mahathir sendiri beberapa bulan lalu namun beliau menafikan perkara tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana