SPRM digesa siasat transaksi penjualan tanah Peel Avenue - Huan

Persatuan Anak Jati Pulau Pinang (PAJPP) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat transaksi penjualan tanah yang didakwa tanpa melalui tender terbuka di Lebuh Raya Peel yang melibatkan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Pengerusi PAJPP Datuk Huan Cheng Guan berkata isu penjualan tanah itu mengandungi unsur mencurigakan, justeru satu SPRM dibuat pihaknya hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Saya minta pihak SPRM supaya menyiasat sehingga ke lubang cacing skandal penjualan tanah tanpa tender terbuka ini dan memastikan mereka yang melanggar undang-undang diambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri juga gagal menjelaskan beberapa perkara penting berhubung kategori kegunaan tanah, syarat nyata dan sekatan kepentingan kepada umum.

“Saya juga nak tahu kenapa pihak kerajaan negeri tidak minta pandangan daripada penduduk di kawasan tersebut. Sepatutnya kalau jual beli tanah kena minta pandangan daripada mereka yang terlibat di kawasan itu,” katanya.

Baru-baru ini kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa menjual tanah berkeluasan 2.6 hektar yang menempatkan kuarters dan tempat letak kenderaan penjawat awam itu kepada pemaju swasta dengan nilai RM156 juta.

Ketua Menteri Lim Guan Eng dilaporkan berkata penjualan tanah itu merupakan projek pembesaran hospital swasta bernilai tinggi, justeru ia dijual secara terus.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana