Siapa Cakap Projek TRX Tidak Jadi? - PM

KUALA LUMPUR: "Siapa cakap projek ini (Tun Razak Exchange -TRX) tidak jadi,"?
Itulah maklum balas ringkas dan pantas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beliau mengakhiri lawatannya ke Galeri TRX pada Isnin.

Sesetengah pihak terutamanya pembangkang membangkitkan kebimbangan dan keraguan mereka terhadap keupayaan kerajaan untuk menyiapkan projek itu, yang akan membangunkan Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan antarabangsa pada masa akan datang.

Terdahulu, Najib tiba di Galeri TRX di Jalan Utara di sini pada 4.15 petang dengan disambut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Perdana menteri kemudian mendengar taklimat mengenai perkembangan terkini pembangunan projek itu yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Datuk Azmar Talib.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut meninjau model dan pejabat TRX serta dilihat mengangguk-angguk kepalanya dan tersenyum beberapa kali semasal beliau diberi taklimat sepanjang lawatannya ke Galeri TRX itu.

Beliau juga berhenti seketika di dek pemerhatian untuk meninjau keseluruhan peta dan projek itu sebelum menandatangani sebuah plak di hadapan sepohon pokok yang dinamakan ''Merdeka'', yang dipercayai antara pokok tertua yang masih ada sejak kemerdekaan negara pada1957.
Perdana menteri kemudian beredar keluar daripada tapak projek TRX itu pada 5 petang.
Ini adalah lawatan ketiga Najib ke tapak projek TRX selepas beliau melancarkan projek itu pada Julai 2012.

Beliau melawat TRX Gate One di Jalan Tun Razak pada dua tahun lepas.

Menurut kenyataan media, TRX akan mengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai pusat utama kewangan dan perniagaan antarabangsa dengan mewujudkan persekitaran perniagaan berpusat yang lancar bagi firma perkhidmatan kewangan, syarikat multinasional dan perniagaan sokongan.
Kira-kira 70 peratus kawasan yang terdapat di TRX telah dikomersilkan dan TRX City terus menerima minat ketara daripada pelbagai pelabur dan penyewa tempatan dan antarabangsa termasuk bank-bank dan institusi kewangan utama dunia.

TRX antara lainnya menampilkan stesen pertukaran MRT bersepadu yang disokong oleh hubungan terus ke jalan-jalan utama seperti Jalan Tun Razak, MEX Highway dan Terowong SMART.
TRX City Sdn Bhd, yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd, merupakan pemaju utama projek itu.

Ia kini adalah sebuah entiti tersendiri.

TRX, yang dibangunkan dalam tempoh 15 tahun, akan dibina secara berperingkat dengan fasa satu dijangka siap pada 2018/2019.

Dengan nilai pembangunan kasar TRX dianggarkan RM40 bilion, ia turut merangkumi pelaburan ruang-ruang pejabat gred A selain disokong oleh kediaman, hospitaliti, peruncitan, riadah dan kebudayaan bertaraf dunia. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana