SETIAUSAHA AGUNG DAP TIDAK PUAS HATI AHLI DAP BERSIFAT DEMOKRATIK

Baru-baru ini Lim Guan Eng menyatakan bahawa salah seorang tokoh veteran parti tersebut, Tan Seng Giaw, ahli parlimen Kepong, tidak dapat dihubungi sejak awal tahun ini.

Perkara ini sungguh aneh kerana sudah tentu Tan Seng Giaw mempunyai telefon bimbit untuk membolehkan beliau dihubungi, terutamanya oleh masyarakat Kepong. Tan juga aktif di dalam blog beliau. Paling tidak pun, Lim boleh mengarahkan orang untuk memanggil Tan atau pergi berjumpa sendiri.

Mengapa Lim teringin menghubungi Tan?

Ianya ada kena mengena dengan komen Tan melalui media sosial mengenai kawasan pesisiran pantai Pulau Pinang yang berubah kerana pembangunan. Selain itu beliau turut menyatakan bahawa kawasan Balik Pulau semakin kehilangan kawasan hijau di samping keperluan menyediakan peluang pekerjaan dan perumahan kepada 850000 Pulau Pinang.

Mungkin sebenarnya Lim Guan Eng tidak benar-benar ingin menghubungi Tan Seng Giaw. Lagipun, beliau dan bapanya Lim Kit Siang telah berkonspirasi untuk menjatuhkan Tan menerusi pengubahsuaian maklumat Excel di dalam pemilihan parti di samping memastikan majoriti penyokong puak Lim sahaja yang menghadiri pemilihan tersebut.

Tapi di sebalik pengkhianatan tersebut, Tan Seng Giaw masih merupakan salah seorang tokoh veteran yang berpengaruh di dalam DAP. Sebab itu Lim Guan Eng tidak berani mengambil tindakan secara terang-terangan terhadap kritikan Tan dan menyatakan bahawa isu tersebut adalah isu dalaman.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment