Selesaikan RUU 355 dulu sebelum mahu bawa RUU baru - Amanah

Amanah hari ini membidas PAS bersabit langkah parti itu yang mahu membawa satu lagi Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan akta dana dan perbelanjaan politik.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad sebaliknya meminta supaya PAS menyelesaikan terlebih dahulu RUU 355 bagi memperkasa Mahkamah Syariah yang kini masih 'tertangguh'.

"Yang dulu pun belum selesai lagi, apa nak buat yang baru? buat yang dulu tu betul-betul, macam main-main saja, yang dulu RUU 355 belum dibahas belum dilulus, tiada apa setakat ini kecuali kecoh sahaja.

"Jadi saya cadangkan mereka ambil satu persatu, selesaikan persoalan, pemerkasaan mahkamah syariah dengan secara baik dan betul biar kita bahas dan kita pinda kalau dia boleh setuju kita akan pinda dan sebagainya apabila selesai baru kita buat yang lain,"katanya ketika dihubungi Antarapos.

Ahli Parlimen Shah Alam itu bagaimanapun berkata, Amanah tidak ada masalah untuk menyokong sekiranya apa yang mahu dicadangkan PAS di dalam RUU baru berkenaan dilihat bagus.

"Tapi yang saya cadangkan yang dia bawa dulu diselesaikan dahulu, yang (akta) dana politik itu dari dulu lagi kita usahakan.

"Kalau dia nak cuba bawak usul persendirian mengenai isu itu tiada masalah kalau apa yang dicadangkan dia bagus kita sokong tapi jika ada yang kurang kita boleh pinda dan bahas tiada masalah," ujarnya.

PAS pada hari ini dikatakan mahu membawa satu lagi Rang Undang-undang (RUU) Persendirian jika kerajaan gagal meneruskan cadangan menggubal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik.

Perkara itu diumumkan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki yang menyatakan langkah partinya itu perlu dilihat sebagai satu usaha untuk menyelesaikan pelbagai isu rasuah yang membelenggu negara ini.

Kerajaan pada tahun lalu bersetuju untuk menggubal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik, yang mana ia menetapkan kesemua ahli politik supaya mengisytiharkan dana yang diterima atau disiasat atau dikenakan tindakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana