Selepas 'hijack' Bersih... Mahathir cuba 'hijack' Pakatan pulak

Tun Mahathir Mohamad pernah berkata dalam politik hari ini kawan, esok musuh dan lusa mungkin menjadi teman akrab semula. Politik ialah seni memburu kuasa yang memungkinkan segala yang mustahil.

Politik telah menjadi darah dagingnya.

Seorang pensyarah universiti pernah berkata:  “Mahathir is too smarts for the Malays” – Mahathir terlalu cerdik dalam arti kata terlalu pintar untuk bangsa Melayu sehingga mereka tidak mengenali AGENDA dan maksudnya yang tersirat !

Mengapakah dihari-hari terakhir hayatnya dia masih aktif berpolitik? Jawapan terbukti sebagaimana Allahyarham Ustaz Fadzil Noor pernah berdoa semoga Allah s.w.t. memberi Mahathir usia yang panjang supaya dia dapat melihat sendiri kerosakan-kerosakan besar yang dia lakukan ke atas bangsa dan negaranya.

Jika rakyat renungi semula penyelewengan di zaman Mahathir sebenar tidak ada beza dengan Najib kerana mereka daripada spesis yang sama, spesis mengkhianat rakyat, korupsi dan kronisma. Permusuhan diantara mereka tidak lain kerana berebut 'harta' dan kepentingan kroni.

Datuyk Seri Anwar Ibrahim semua orang sudah maklum. Hanya sekali hadir di mahkamah terus Anwar berjabat tangan erat. Hilang suara reformasi 20 tahun lalu. Hilang mata lebam. Liwat yang mengaibkan dalam sejarah negara boleh dilupakan begitu sahaja.

Otai-otai reformasi yang dibelantai polis zaman Mahathir semuanya membisu dek kerana Anwar sudah memaafkanya walaupun Mahathir tidak sedikit pun menunjukkan rasa bersalah.

Tangani DAP

DAP sebelum ini adalah musuh sepanjang zaman Mahathir. Ramai pimpinan DAP ditangkap dalam operasi lalang. Kalau kita fikir logik sukar untuk DAP dijinakkan. Tapi untuk Mahathir dia tidak adalah istilah mengalah.

DAP telah mengeluarkan kenyataan tidak akan menjemput PPBMpada AGMnya. Tapi Mahathir menggunakan hubungannya dengan PKR terus hadir dalam majlis AGM DAP secara mengejut.

Tindakan politik ini sangat bijak dan licik sehingga DAP mengalami dilema dan ada beberapa perwakilan DAP meletak jawatan kerana tak setuju dengan penglibatan DAP dengan Mahathir.

Parti PAN

Semua orang tahu AMANAH (PAN) adalah parti macai DAP. Jadi tak ada masalah untuk tanggani AMANAH (PAN) kalau DAP telah setuju. Tun Mahathir tidak mengalami masalah besar dengan parti PAN kerana parti PAN ini adalah parti pak turut DAP. Jika Mahathir boleh menguasai DAP, sangat mudah menjinakkan parti PAN.

Lagi satu AMANAH (PAN) perlukan duit. Jadi Mahathir dengan wang RM500 juta sekadar sumbat aje dalam mulut pimpinan AMANAH (PAN) sudah pasti mereka yang pernah merana dalam ISA atau penjara seperti Mat Sabu, Salahudin Ayub, Saari Sungip dan lain-lain akan senyap kerana mulut mereka penuh dengan DEDAK!

Tangani PAS

Mahathir tahu orang PAS macam elergik dengannya. Mahathir menghantar Muhyiddin untuk menguasai PAS, kemudian di hantarnya anaknya, si Mukhriz membantu tetapi malangnya Mahathir gagal dengan PAS.

Dulu ada ura-ura Naib Presiden PPBM nak ditawarkan kepada Mahfuz Omar (Itu sebab sampai sekarang si Mahfuz ini mengekori PPBM)  tetapi demi menjaga hubungan dengan PAS akhirnya jawatan itu diisi dengan individu lain.

Setelah gagal dengan PAS, Mahathir mengistiharkan PPBM bersama PAKATAN HARAPAN. Dia mula projek untuk 'hijack' PAKATAN HARAPAN.

Pada tahun 1987 dahulu, Mahathir telah ditentang hebat oleh Ku Li dengan menyaksikan beliau cuma menang tipis 43 undi sahaja. Itupun undi tipu hasil dari perwakilan haram yang dieksploitasi oleh Sanusi Junid yang ketika itu menjadi Setiausaha Agung UMNO.

Kemenangan dan kekuatan Mahathir pada tahun 1987 sebenarnya banyak dibantu oleh kelebihan pengaruh Anwar. Walaupun Anwar ketika itu cuma Pemuda Umno sahaja, tetapi beliau berjaya mengimbangi pengaruh Team B Kuli dan juak-juaknya dengan imej Islamiknya.

Tun Mahathir yang hanya menang 43 undi sahaja. Tengku Razaleigh dapat 718 undi berbanding Tun Mahathir mendapat 761 undi. 43 undi yang membantu Mahathir datang daripada mana? Menurut sumber sumber orang lama, undi itu datangnya daripada Pemuda UMNO yang dipimpin oleh Dato Seri Najib pada waktu itu.

Ini bermakna, jika tidak mendapat pertolongan 43 undi tersebut, sudah tentu karier politik Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri akan bertahan selama 6 tahun sahaja (1981 – 1987).

Menyedari yang dirinya yang sudah begitu tersepit dan terhimpit oleh asakan Team B yang sudah menguasai 70 % UMNO, Mahathir sudah tiada pilihan untuk menyelamatkan dirinya. Maka DIHARAMKAN UMNO untuk menyingkir Kuli dan kunco-kunconya.

UMNO Baru di lahirkan. Kuli dan kunconya terpaksa menubuhkan Semangat 46 dan mencari sokongan pembangkang, PAS ketika itu.

Mahathir berjaya dalam misinya.

Kini Mahathir nak singkirkan Najib. Tapi malangnya Mahathir tidak berada dalam UMNO kerana dia pencen. Mahathir tak berjaya menggunakan Muhyiddin untuk misi kali ini. Akhirnya Mahathir tubuh PPBM.

PPBM itu sebenarnya UMNO BAHARU
Malaysian United Indigenous Party or Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Indigenous = Natives
Malaysian United Natives Party (UMNO)

Untuk misi jatuhkan Najib diluar, Mahathir kena hijack PAKATAN HARAPAN. Itu satu-satunya jalan terbaik.

Kalau kita kaji semua ucapan Mahathir dan corak serta cara gaya dia bercakap semuanya berpusat nak jatuhkan Najib tidak lebih daripada itu.

Persoalan timbul.
Adakah Anwar tahu misi Mahathir ini. Adakah Mahathir perlukan Anwar dalam misi kali ini. Itu menjadi persoalan yang hebat dikalangan penganalisis p[olitik tanahair.

Kalau Anwar terlibat dalam HIJACK HARAPAN, siapanya orang Anwar yang diberikan kepada Mahathir untuk misi ini?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana