'Selamatkan Malaysia' atau 'Selamatkan Pribumi'?

Parti Pribumi (PPBM) tajaan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin sibuk menjelajah negara memburukkan Datuk Seri Najib Razak kononnya untuk "Selamatkan Malaysia".

Sepatutnya jelajah itu bertajuk "Selamatkan Pribumi' kerana semakin ramai ahli yang "angkat kaki" terutama di Perak. Muhyiddin pun telah mengakui fenomena ahli Pribumi meninggalkan parti secara beramai-ramai kerana tidak puas hati dengan kepimpinannya. Pemimpin Pribumi yang lain pula sibuk berkelahi sesama sendiri.

Pribumi memang ada HARAPAN untuk karam sebelum PRU14 kerana kepimpinan yang lemah, tamak jawatan, gila kuasa dan berjuang hanya untuk kepentingan peribadi. Dalam kalangan pemimpin Pakatan sendiri sudah ramai mempersoalkan penyertaan Pribumi yang membawa lebih banyak banyak masalah dan porak peranda demi merebut jawatan PM.

DAP mungkin bertepuk tangan kerana strategi "Melayu screw Melayu" nampaknya semakin menjadi kenyataan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana