sekilas pandang......Strategi DAP Untuk PRU14

■ DAP amat bimbang pada PRU14 sekiranya ia menjadi medan pengundian mengikut perkauman kerana DAP kini bermusuh dengan UMNO dan PAS yang majoritinya adalah kaum Melayu dan beragama Islam.

■ Strategi popular DAP “musuh punya lawan ialah kawan” bakal makan diri kerana versi “Asal Bukan Cina DAP” makin kuat memusuhi DAP dikalangan kaum Melayu.

■ Paling merisaukan DAP adalah sekiranya parti MCA/GERAKAN kembali mendapat sentuhan dan kepercayaan masyarakat Cina, bermakna cita2 DAP menuju Putrajaya hanya tinggal angan2 sahaja.

■ DAP melihat sekutu mereka PKR dan PAN pada masa ini telah mengalami krisis identiti dan krisis kepimpinan yang teruk dan tidak boleh diharapkan untuk menarik pengundi2 Melayu untuk menyokong parti mereka.

■ Strategi DAP terkini lebih kepada membuka peluang penyertaan kepada kaum wanita Melayu berbanding kaum lelaki Melayu terutama generasi muda umur 21 tahun hingga 30 tahun, ianya berpandukan kepada 2 situasi;
1. Mengeksploitasi kaum wanita untuk mendekati rakyat dan menarik sokongan generasi muda kepada DAP.
2. Mengeksploitasi kaum wanita sebagai agen pembolehubah kepada imej DAP.
**** mohon lihat youtube ini dan dengar temuramah RARA dan ulasan Lim Guan Eng.
https://www.youtube.com/watch?v=X3jQv2v1Xws

■ Center For Strategic And International Studies (CSIS) berpangkalan di Washington DC mengenal pasti hampir separuh populasi dunia adalah generasi muda bawah umur 30 tahun.

■ DAP akan memulihkan imejnya sebagai parti berbilang kaum, mereka terpaksa memerlukan ramai sokongan kaum Melayu, baik sebagai ahli atau pemimpin, baik pada peringkat cawangan, negeri atau pusat, menyimpan persepsi bahawa Melayu yang menyertai DAP harus diberi kedudukan sewajarnya (dalam kata lain bagi – keistimewaan) dalam parti.

■ Pada PRU14 pula, pemimpin DAP akan mencari dan memberi kerusi selamat demi memastikan calon Melayu DAP berpeluang besar untuk menang.

■ Dalam konteks hierarki parti, kaum Melayu akan dicalonkan bertanding dalam jawatankuasa negeri atau pusat. Usaha ini agar ada sokongan undi untuk pastikan terdapat muka Melayu yang menang untuk diletak dalam barisan kepimpinan negeri atau pusat.

■ Bagi DAP generasi baru perlu dimanipulasikan, generasi baru sukakan persaingan terbuka. Potensi orang baru atau generasi baru tidak kira Melayu atau Cina atau apa jua kaum hanya dapat diketahui kebolehannya apabila ruang dan peluang dibuka secara adil.

■ Mereka mahukan akses latihan dan modal untuk berdikari sama ada dalam bidang perniagaan mahupun pendidikan. Mereka mahu ruang untuk menyumbang kepada ekonomi dan sosial.

Tulisan
Rozmi Mokhtar
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment