Saya bukti mangsa fitnah pembangkang... - Raja Nong Chik...Dengar Keluahan Raja Nong Chik

Jika masih ingat lagi... beberapa hari menjelang hari pengundian PRU13 5 Mei 2013, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar panggil sidang media tergempar 'mendedahkan' dakwaan salah laku lawannya di Parlimen Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Gegak gempita media pembangkang spin... Raja Nong Chik yang katanya tengah leading kemudian kalah tipis ketika keputusan pilihanraya diumumkan.

Beberapa bulan kemudian Raja Nong Chik saman Nurul Izzah dan menang selepas anak sulung Anwar Ibrahim itu meminta maaf dan mengaku beliau berbohong dan menfitnah Raja Nong Chik.

Tapi macam pepatah 'nasi sudah jadi bubur' hakikatnya walau menang di mahakamah, Raja Nong Chik kalah di sebagai wakil rakyat Lembah Pantai.

Pengerusi BN Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, mereka bahkan tanpa segan silu mengakui pembohongan yang mereka lakukan selepas keinginan mereka tercapai.

“Hentikanlah pembohongan, saya adalah bukti mangsa fitnah pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13.

“Selepas mereka mencapai apa yang mereka inginkan, tanpa segan silu akhirnya mereka akui kata-kata mereka tidak benar,” katanya.

Menurutnya, beliau berdepan dengan pembohongan dan fitnah itu sehari sebelum hari mengundi membabitkan isu tanah di Bukit Jalil.

“Saya sudah mengalaminya, sehari sebelum hari mengundi mereka bangkitkan siu tanah di Bukit Jalil. Saya tiada peluang untuk menerangkan situasi sebenar.

“Akhirnya pergi mahkamah ternyata mereka kalah dan terbukti menipu. Nasib baik say atidak minta duit kerana kasihankan Nurul Izzah yang ketika itu baru bercerai. Namun persepsi tersebut terus dimainkan berterusan menybabkan imej BN dan saya telah dirosakkan,” katanya.

Beliau berkata, pembangkang sanggup melakukan apa sahaja untuk menumbangkan BN termasuk menyebarkan fitnah dan pembohongan.

“Di Lembah Pantai sendiri pada PRU13 dikatakan ada lima ribu engundi hantu. Hakikat sebenarnya adalah mereka adalah golongan setinggan yang tlah berpindah ke kawasan flat.

“Akhirnya tuduhan itu habis begitu sahaja namun persepsi di media social masih ada dan ia akan mula timbul apabila hampir pilihan raya,” katanya.

Jelasnya, permainan persepsi dan politik fitnah serta pembohongan ini adalah strategi pembangkang untuk merosakkan minda rakyat serta menimbulkan kebencian kepada kerajaan.

“Pembangkang hanya mahu memberi persepsi kononnya parti BN hanya suka menipu padahal apa yang berlaku pada PRU-13, merekalah yang telah banyak melanggar undang-undang,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana