Sarawak tarik diri dari promosi Tourism Malaysia…

Kata orang kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang.Ia mungkin ada kaitan dalam kontek kerajaan Sarawak tiba-tiba pada Isnin umum untuk tarik diri dari Lembaga Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) berkuatkuasa serta merta.

Ia dipercayai ekoran kehangatan isu cukai pelancongan bila mana Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz telah membidas Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Kontroversi itu timbul dalam reaksi Nazri terhadap kenyataan Abul Karim yang menggesa agar cukai yang hendak dikuatkuasakan mulai 1 Ogis ditangguhkan.

Apapun kenyataan Pejabat Ketua Menteri Sarawak yang umum tarik diri dari Lembaga Pelancongan Malaysia tidak sentuh langsung hal berkenaan.

Dalam kenyataan ringkas ia cuma beri alasan keputusan itu diambil selepas kerajaan negeri memikirkan penyertaan itu tidak perlu kerana ia bertindih dengan fungsi Lembaga Promosi Pelancongan Sarawak.

Melihat keputusan ini dibuat sehari selepas kontroversi kenyataan Nazri,ada pemerhati yang menilai ia pasti ada kaitan dengan hal berkenaan.

Nazri ketika diminta wartawan ulas kenyataan Abdul Karim antara lain menyifatkan menteri Sarawak itu ‘setahun jagung’ dan tidak faham isu sebenar.

Beliau juga minta beliau tidak membangkitkan soal Perjanjian Malaysia dalam soal cukai pelancongan itu.

Katanya cukai itu tidak rampas hak Sarawak kerana kerajaan membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai cukai kerajaan persekutuan bagi mengelakkan kekeliruan.

Ketua Pemuda BN Sarawak, Datuk Seri Fadillah Yusof anggap kenyataan Nazri kasar dan tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam BN.

Beliau yang juga Menteri Kerjaraya menyifatkan label ‘ setahun jagung’ terhadap Abdul Karim adalah satu penghinaan.

Cukai pelancongan yang akan  dikuatkuasa mulai 1 Ogos mengenakan caj RM20 satu malam untuk hotel  lima bintang,RM10  empat bintang, RM5  satu hingga tiga bintang dan RM2.50 untuk hotel satu hingga tiga orkid serta yang tidak ditarafkan

Pelaksanaan cukai pelancongan akan memberi kesan secara langsung kepada pelancong apabila mereka perlu membayar lebih - sehingga RM20 untuk satu malam - bagi sebuah bilik hotel di seluruh negara.

Homestay tidak dikenakan cukai berkenaan yang diluluskan oleh sidang Parlimen yang lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana