Sarawak Report berniat jahat terhadap Najib...Jahatnya Mainan Nak Jatuhkan Kerajaan

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas kepada pihak yang menyebarkan fitnah yang boleh mengancam keamanan negara.

Beliau pada masa yang sama menunjukkan bukti laporan Sarawak Report adalah tidak benar dan berniat jahat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kononnya membayar RM9.5 juta kepada peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Menurutnya, terdapat laporan mengesahkan bahawa akaun di Ambank sudah ditutup pada 30 Ogos 2013.

“Jadi macam mana kalau akaun sudah tutup,tetapi wang RM9.5 juta dibayar kepada peguam tersebut?

“Saya rasa benda ini tidak betul kerana akaun dah tutup pada Ogos, tetapi bayaran dibuat pada 11 Sept 2013 dan 17 Feb 2014. Jadi bagi saya tidak betul,” katanya di Petaling Jaya, Selasa.

Menolak tuduhan Sarawak Report yang dianggap sebagai fitnah, Musa berkata beliau juga adalah mangsa dakwaan seumpama itu apabila beliau menyiasat pertuduhan liwat pertama terhadap Anwar pada tahun 1998.

Shafee didakwa menerima bayaran berkenaan selepas bertindak sebagai ketua pendakwa dalam kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah rayuan dan persekutuan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana