Sapa Kata Tu!!!!! Anwar tidak lagi mahu jadi Perdana Menteri....Inilah POlitik Pembangkang Cakap Tak Serupa Bikin

SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan apabila mengumumkan beliau tidak lagi menawarkan dirinya untuk menjadi  Perdana Menteri jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU 14).

Beliau berkata keputusan itu bertujuan mengekang "isu pinggiran (seperti) .... muslihat perebutan kuasa dan kedudukan atau keterlanjuran kata kurang sopan dalam Pakatan Harapan" yang menurutnya  tidak harus diizinkan.

"Terkait dengan gesaan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada PRU, maka saya memilih untuk tidak menawarkan diri selaku calun Perdana Menteri," kata Ketua Umum PKR itu.

Dalam pada itu Anwar bersetuju bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad harus diberikan peranan sewajarnya di dalam PH namun menolak  usul Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan beliau untuk menguasai jawatan pengerusi dan presiden di dalam pakatan pembangkang itu.

"Adapun usul Bersatu (PPBM)  untuk merombak struktur Pakatan Harapan dengan pimpinan utama parti tersebut menguasai jawatan Pengerusi dan Presiden dalam struktur baru Pakatan Harapan, dikhuatiri akan merombak kerangka Pakatan Harapan menjadikannya mirip BN.

"(Justeru) kesediaan semua pihak dalam Pakatan Harapan untuk meneliti semula dan meminda cadangan tersebut dengan mengekalkan muafakat asal Pakatan Harapan adalah dialukan," kata Anwar.

Beliau menegaskan keperluan  mengekalkan tradisi musyawwarah dan konsensus seperti mana pengalaman Pakatan Rakyat sebelumnya di mana semua ketua parti mempunyai kedudukan yang sama, dengan Pengerusi hanya sebagai penyelaras.

Anwar berharap semua pemimpin parti komponen PH memberikan tumpuan sepenuh kepada persiapan menghadapi PRU 14 dan tidak lagi terjebak dalam polimik siapa harus ditampilkan sebagai calon PM.

Polemik itu mencetuskan perbalahan di kalangan pemimpin-pemimpin PKR, PPBM dan DAP dan mendedahkan kerapuhan pakatan pembangkang itu sendiri.

"Pergeseran sedemikian melelahkan kerana keputusan adalah di tangan rakyat dalam PRU. Adalah diharapkan agar segala tenaga dan ikhtiar kita tertumpu nada pengukuhan jentera dan menarik dukungan rakyat," kata Anwar.

Anwar sebelum ini diura-ura sebagai calon PM sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya namun dalil itu berubah apabila Dr Mahathir menubuhkan PPBM dan menyertai pakatan pembangkang itu.

Malah parti pimpinan mantan perdana menteri itu di lapor  mengusulkan supaya jawatan pengerusi dan timbalan pengerusi PH di isi oleh PPBM.

Bagaimanapun cadangan itu disanggah oleh PKR, sekali gus melewatkan proses mendaftarkan PH  dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

PKR semakin resah apabila Dr Mahathir juga beberapa menyatakan kesediaan untuk menjadi perdana menteri sekiranya mendapat sokongan "kawan-kawan" dalam pembangkang.

Anwar masih menjalani hukuman penjara setelah di sabit kesalahan meliwat untuk kali kedua.  Beliau tidak layak untuk bertanding pada PRU 14 dan memerlukan pengampunan Yang diPertuan Agong sebelum layak dipertimbangkan untuk sebarang jawatan kerajaan. 
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment